web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesihatan Terjejas, Anuar Zain Tetap Gah Di hadapan 8,000 Peminat

Alat sedut atau nebulizer jadi peneman Anuar di pentas, pastikan ribuan peminat yang hadir tetap terhibur dengan persembahan mantapnya

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 1:07PM

Anuar Zain pada konsert sempena ulang tahun ke-40 pembabitannya dalam bidang seni. gambar FB, Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemunculan Anuar Zain di pentas Stadium Melawati, Shah Alam pada Sabtu lalu memang dinantikan kesemua peminat tegar penyanyi berkenaan.

Sementelah, penganjuran Anuar Zain 40th Anniversary Concert bertujuan meraikan sokongan peminat penyanyi yang popular dengan pelbagai lagu antaranya Keabadian Cinta, Perpisahan, Sedetik Lebih, Mungkin dan Andainya Takdir.

Namun, aksi Anuar di pentas yang ditemani alat sedut atau nebulizer menimbulkan tanda tanya dalam kalangan hadirin, sehinggalah dimaklumkan bahawa beliau berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa hari lalu.

Nebulizer menjadi peneman Anuar ketika mengadakan persembahan.
Nebulizer menjadi peneman Anuar ketika mengadakan persembahan.

Menurut Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 53, beliau hilang suara empat hari lalu dan tidak dapat menjalani sesi raptai akibat masalah yang dihadapinya itu.

Bagaimanapun, demi peminat, beliau tetap memberikan persembahan bersahaja dan mantap, walaupun terpaksa menyedut nebulizer beberapa kali ketika di atas pentas.

“Beberapa hari sebelum persembahan, Anuar sudah hilang suara tetapi demi peminat, beliau sedaya upaya memberikan yang terbaik.  Sampai menyanyi atas pentas pun terpaksa sedut nebulizer berkali-kali,” kata akyemsamad menerusi hantaran di TikTok.

Dalam pada itu, adik penyanyi Ziana Zain itu turut melahirkan rasa sedih dan kecewa kerana gagal memberikan persembahan terbaiknya, namun tetap bersyukur kerana masih mampu menghiburkan ribuan peminat yang hadir pada malam itu.

Malah, beliau mendedahkan tiada perubahan susunan lagu dibuat, walaupun dirinya berdepan dengan masalah kesihatan.

Terdahulu, Anuar membuka tirai konsertnya dengan lagu Kaulah Satunya, diikuti Sesucinya Cintamu.

Konsert selama lebih 2 jam itu turut diserikan dengan persembahan montaj yang memaparkan sejarah perjalanan kerjayanya dengan sebagai anak seni selama 40 tahun.

Selain barisan artis tempatan seperti Ernie Zakri, Misha Omar, Rahim Sepahtu, Dina Nadzir dan Elvira Arul, konsert berkenaan itu dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang turut berkenan mencemar duli. – Getaran, 30 Oktober 2023

@akyemsamad Beberapa hari sebelum show, Anuar Zain hilang suara tetapi disebabkan demi peminat, beliau sedaya-upaya cuba pulihkan diri. Sampai menyanyi atas pentas pun, terpaksa sedut nebuliser berkali-kali, dan jayakan Anuar Zain 40th Anniversary Concert. Gila tak gila? For me.. Beliau gila.. Gila dalam inspirasi dan memberi inspirasi untuk orang lain untuk jangan give up selagi mana masih bernyawa. Tahniah @anuarzainnetwork #salute ♬ original sound - Akyem Samad

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN