Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anuar Zain Sertai Misi Kemanusiaan Syria Care

Penyanyi terkenal, Anuar Zain bakal menyertai misi kemanusiaan ke tiga negara untuk menghulurkan bantuan kepada pelarian-pelarian Syria Ramadan ini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 4:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Syria Care telah melancarkan kempen Ramadan Al Khair 10.0 sejak Februari lalu. 

Tahun ini merupakan tahun ke-11 Syria Care Malaysia menjalankan misi kemanusian bagi membantu pelarian-pelarian Syria yang kurang bernasib baik.

Justeru dengan kehadiran Ramadan ini, Syria Care akan melaksanakan Misi Kemanusiaan kali ke-13 pada penghujung Mac ke tiga buah negara iaitu Syria, Turki dan Lubnan yang akan turut disertai oleh penyanyi terkenal tanah air Anuar Zain. 

Menurut Anuar, hatinya sangat tersentuh sewaktu mendengar cerita serta menonton keadaan kehidupan pelarian di kem-kem terutamanya kanak-kanak ketika pertama kali menjejakkan kaki ke pejabat Syria Care. 

“Kita harus lakukan sesuatu. Mereka ini golongan teraniaya. Doa mereka tiada hijab,” kata Anuar ketika itu, lantas bersetuju untuk menyantuni pelarian Syria bersama Syria Care. 

Anuar dijangka bakal berangkat ke sana pada 11 April ini. Ditanya apakah persediaannya untuk melakukan misi kemanusiaan di sana, kata Anuar dia harus menonton lebih banyak video supaya dapat memahami keadaan di sana.

“Saya perlu menonton banyak video untuk melihat cara kehidupan mereka di sana. Saya perlu berhati-hati dengan cara percakapan saya bersama mereka. Saya difahamkan pelarian-pelarian di sana terdiri daripada pelbagai latar belakang. 

“Ada yang sebelum ini pernah bergelar peguam, jurutera, pegawai bank. Kebanyakannya berpelajaran tinggi tetapi tiba-tiba mereka kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup sebagai pelarian. Jadi kita tak tahu apa yang ada dalam minda mereka.

“Ada juga saya diberitahu mereka kadang-kadang boleh jadi sangat emosi dan pemarah. Tetapi yang mana sudah lama bergelar pelarian di kem itu, mereka sudah lebih tenang.

“Saya pun tak tahu apa yang bakal saya lalui di sana. Diharapkan semuanya tenang dan dipermudahkan,” katanya yang turut mendapat sokongan padu daripada keluarga untuk menyertai misi kemanusiaan ini. 

Sebelum ini, sosok seorang Anuar Zain sering dilihat di acara-acara yang dilimpahi sinaran glamor. Untuk menyertai misi kemanusiaan seperti ini, mungkin tidak terlintas di fikiran para peminatnya.

Kata Anuar dia sendiri tidak sangka akan menyertai misi kemanusiaan sebegini.

“Saya sendiri langsung tak pernah terfikir bahawa saya akan lakukan sesuatu seperti ini. Mungkin sebelum ini, saya sering sedih melihat nasib mereka dan menderma untuk menolong, tetapi untuk pergi ke sana, langsung tak pernah terlintas di fikiran,” katanya.

Bagi Pengerusi dan Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care iaitu Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki pula, dia sangat terharu kerana Anuar sanggup turun padang bersama-sama Syria Care untuk menyantuni pelarian di sana.

“Kami berasa sangat terharu dan teruja melihat kesungguhan Anuar Zain untuk bersama-sama kami bagi menggerakkan usaha-usaha kemanusiaan ini. Malah Anuar bersedia untuk turun padang bagi memastikan usaha ini berjaya,” katanya. 

Sehubungan dengan kerjasama ini, Syria Care turut mengharapkan agar lebih ramai insan sudi tampil membantu khususnya menaja set iftar serendah RM15 ataupun pek makanan kering bernilai RM150 bagi meringankan beban pelarian Syria sepanjang Ramadan ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan khas Anuar Zain di donate.syriacare.org.my.

Semoga misi bantuan kemanusiaan Syria Care dan Anuar Zain ini dipermudahkan dan semua pelarian Syria dapat menikmati Ramadan kali ini dengan lebih bermakna. Sama-sama kita ringankan beban saudara kita di sana. - Getaran, 1 April 2022

Gambar : Syria Care 

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 bulan yang lalu

Kesihatan Terjejas, Anuar Zain Tetap Gah Di hadapan 8,000 Peminat

2

Muzik 9 bulan yang lalu

Anuar Zain Hadiahkan Peminat Konsert Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke 40 Sebagai Penyanyi, Hanya Satu Malam Sahaja

3

Selera 10 bulan yang lalu

Sejauh Manakah Makanan Menyatukan Semua?

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Perlu Perkemas Penglibatan Pihak Tangani Isu Pelarian, Mekanisme Pengurusan Harus Efisien

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 16 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran