web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anuar Zain Hadiahkan Peminat Konsert Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke 40 Sebagai Penyanyi, Hanya Satu Malam Sahaja

Konsert istimewa ini akan berlangsung pada 28 Oktober 2023 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 10:30AM

Anuar Zain - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain bakal mengadakan konsert sempena ulang tahun ke 40 pembabitannya dalam industri muzik sebagai penyanyi.

Konsert yang diberi nama Anuar Zain 40th Anniversary Concert ini akan berlangsung pada 28 Oktober di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.

Dibawakan khas oleh Jiobuddy, konsert ini dijangka akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif daripada semua pihak.

Menariknya, kali terakhir Anuar mengadakan konsert berskala besar adalah pada tahun 2013 bagi meraikan ulang tahun ke-30 pembabitannya sebagai penyanyi yang berlangsung di lokasi yang sama. 

Melihatkan ‘trend’ sekarang, ramai peminat muzik tanah air ‘galak’ menghadiri konsert yang dianjurkan oleh penyanyi tempatan, ditanya adakah akan ada kemungkinan hari konsert ditambah andai ada permintaan yang tinggi, kata Anuar konsert ini hanya akan berlangsung selama satu malam sahaja. 

“Saya nak berikan yang terbaik yang saya mampu. Saya takut saya tak boleh fokus jika buat lebih dari satu malam. Bagi saya cukup satu malam sahaja. Kalau nak lagi, ‘next time’ kita buat konsert lain pula,” katanya ketika ditemui di sidang media pengumuman konsert ini. 

Anuar tidak menyangka dapat mengadakan konsert selepas 40 tahun berkecimpung dalam industri muzik. - Gambar PR
Anuar tidak menyangka dapat mengadakan konsert selepas 40 tahun berkecimpung dalam industri muzik. - Gambar PR

Perjalanan selama 40 tahun merentasi industri seni bukanlah satu perjalanan yang singkat lebih-lebih lagi apabila bermula dari seorang penyanyi kanak-kanak pada tahun 1983 sehinggalah menjadi penyanyi solo berprofil tinggi.

Ditanya adakah beliau pernah menyangka akan melakukan konsert sempena ulang tahun ke 40 dalam industri muzik, kata Anuar perkara itu tidak pernah dijangkanya.

“Saya tak pernah terfikir langsung. Saya tak pernah rancang apa-apa pun dalam hidup saya tentang karier. Semua yang saya lalui adalah aturan Allah SWT. 

“Selepas saya jadi penyanyi kanak-kanak, saya sebenarnya dah tak minat untuk menyanyi. Waktu kanak-kanak tu, kita kena tolak sana, kena tolak sini. Kena ikut apa yang orang cakap. Kena menyanyi lagu yang saya tak suka. Pakai baju yang saya tak suka. 

“Saya rasa kurang senang. Walaupun saya masih kecil ketika itu, tetapi saya tahu apa yang saya mahukan. Tetapi disebabkan waktu itu kita masih budak kecil, jadi kena ikut sahaja. 

“Selepas saya berhenti menyanyi, saya tak menyangka saya akan buat ‘come back’ dalam industri sebagai penyanyi dewasa selepas bekhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines. 

Anuar pada sidang media konsert Anuar Zain 40th Anniversary Concert. - Gambar PR
Anuar pada sidang media konsert Anuar Zain 40th Anniversary Concert. - Gambar PR

“Ketika itu ramai yang cakap bahawa penyanyi lelaki susah nak berjaya, hanya 20 peratus sahaja penyanyi lelaki yang boleh berjaya dalam industri. Perkara ini membuatkan saya gementar dan teruskan kerja sebagai pramugara.

“Banyak sebenarnya pengalaman yang saya perolehi bertugas di awan biru. Tanpa saya sedar rupanya ia adalah latihan dan juga persiapan saya sebelum saya kembali semula sebagai penyanyi. Bekerja sebagai pramugara mengajar saya untuk menjadi seorang yang sangat penyabar. 

“Saya tak pernah sangka pun satu hari nanti saya akan buat konsert yang besar. Kadang-kadang kita punya cita-cita tetapi kita tak nampak jalan itu. Tetapi tiba-tiba saya mempunyai beberapa siri konsert. Saya sangat bersyukur,” ujarnya. 

Pada konsert yang akan berlangsung selama dua jam itu nanti, Anuar akan mendendangkan lebih 20 lagu popularnya.

Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik yang akan turut bersama 25 orang pemuzik handalan tanah air. 

Tike-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia bermula dari harga RM188 (Gold), RM388 (Platinum), RM488 (Diamond), RM888 (VIP2), RM1888 (VIP1). 

Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond. Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula, mereka bakal mendapat cenderahati berupada AZ40 Premium Gift Box yang ditaja oleh jenama minyak wangi, AromBay istimewa sempena konsert ini. – Getaran, 6 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN