web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impian Jadi Kenyataan, Hasrat Ziana Zain Untuk Buat Persembahan Di Dewan Filharmonik PETRONAS Akhirnya Terlaksana

Di usia yang bakal mencecah 55 tahun tidak lama lagi, penyanyi popular, Ziana Zain akhirnya berpeluang untuk mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas buat pertama kali.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 10:00AM

Memang sudah menjadi impian Ziana Zain (kiri) sejak sekian lama untuk beraksi di atas pentas dewan berprestij itu sambil  diiringi orkestra besar. - Gambar Instagram Ziana Zain, Helmi Anuar & DFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya tercapai salah satu impian Ziana Zain sebagai penyanyi untuk membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang penuh berprestij.

Diva pop Malaysia ini  bakal terlibat dengan Konsert Raya Sepanjang Zaman yang dibawakan khas Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) pada 6 Mei 2023 jam 8.30 malam bersama tiga lagi penyanyi undangan iaitu Datuk Hail Amir, Sanisah Huri dan Bob Yusof. 

Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 55, memang sudah menjadi impiannya sejak sekian lama untuk beraksi di atas pentas dewan berprestij itu sambil  diiringi orkestra besar. 

"Saya selalu bercakap dengan diri sendiri, kalau dapat menyanyi satu lagu pun jadilah di DFP ini. Tetapi tak sangka,tahun ini,  Alhamdulillah akhirnya rezeki menyebelahi saya apabila ditawarkan untuk terlibat dengan konsert ini dan bukan sahaja untuk satu lagu, malah berlagu-lagu saya dapat. 

"Digandingkan pula dengan penyanyi-penyanyi legenda yang hebat seperti Datuk Hail Amir dan Sanisah Huri yang saya sudah mula dengar lagu-lagu mereka sejak dari sekolah rendah lagi.

"Bayangkan waktu kecil kita dengar lagu mereka, dan kini saya akan berkongsi pentas yang sama dan menyanyi bersama. Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini. Saya sangat berbesar hati. 

"Saya sangat bersyukur dan ingin mengucapkan jutaan berterima kasih dengan pihak MPO kerana sudi mengundang saya untuk menjayakan konsert ini," katanya ketika ditemui di sidang media yang berlangsung di DFP. 

Terkenal dengan lagu 'Indah Di Hari Raya' tatkala tiba musim perayaan, sudah pastinya lagu itu menjadi lagu wajib untuk didendangkan pada 6 Mei nanti. Selain itu, Ziana juga akan mendendangkan lagu raya daripada Datuk Sheila Majid serta ‘tribute’ khas kepada Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang akan dinyanyikan bersama Bob Yusof. 

Konsert ini nanti bakal dikemudikan konduktor muzik, Ahmad Muriz Che Rose yang pernah bekerjasama dengan Ziana sewaktu di awal kemunculannya sebagai penyanyi pada tahun 90an.

"Saya rasa sangat bertuah kerana dapat bekerja semula dengan Ahmad Muriz. Kami pernah bekerjasama sekitar awal 90-an. Buat 'show' dengan band Petronas.  Merata kami pergi sehingga ke Bintulu. Dan sekarang bila dapat kembali bekerjasama, saya sifatkan ini sebagai rezeki yang sangat tidak disangka-sangka. 

"Saya sangat berharap Aidilfitri kali ini akan bagi satu impak yang besar. Kita bukan selalu dapat dengar lagu raya yang dimainkan kumpulan orkestra yang besar seperti ini.

"Selalu kalau kita nak menyanyi pun akan guna 'minus one' atau 'five piece band'. Tetapi kali ini, sesuatu yang sangat istimewa di mana gubahan muzik yang agak sedikit berlainan.

“Adrenalin saya sangat berkobar-kobar untuk menantikan persembahan pada malam itu nanti," ujarnya teruja. 

Sementara itu bagi Ahmad Muriz pula, kejayaan konsert raya pada tahun lalu mendorong mereka untuk sekali lagi menganjurkan konsert dengan tema lagu raya tetapi kali ini membawa artis yang lebih besar. 

"Persembahan mereka nanti akan diiringi oleh lebih 60 pemuzik orkestra. Kita akan susun semula lagu-lagu yang akan dipersembahkan. 

“Bukan sekadar menjadi simfoni yang syok sendiri, tetapi untuk memberi 'justice' kepada muzik itu sendiri yang sudah tercipta indah. Kita nak besarkan lagi. Dan kita punya penyanyi yang sangat hebat seperti Ziana. Kita mahu gabungkan kehebatan penyanyi dengan muzik," kongsinya.  

Ditanya tentang persediaan untuk menghadapi konsert itu nanti, kata Ziana selain perlu menjaga pernafasan dan vokal, dia perlu betul-betul fokus dengan muzik orkestra kerana apabila melibatkan sekumpulan besar pemuzik, kadang-kadang ia mampu mengelirukan penyanyi. 

"Dulu saya pernah menyanyi dengan kumpulan  orkestra PDRM. Mereka ada banyak alat muzik. Jadi kita kena tunggu mereka main, dan perlu tahu bila kita perlu masuk. Dia punya susunan muzik itu akan jadi panjang. Di situ pemikiran kita kena jadi tajam sikit. Kita kena tahu mana bahagian kita. Perkara ini agak mencabar tetapi pada masa yang sama saya sangat teruja," jelasnya.  

Bagi yang ingin mendapatkan tiket untuk menonton konsert ini, anda boleh beli di laman sesawang rasmi www.mpo.com.my. Atau boleh juga beli di kaunter 'box-office'. Juga boleh ditempah menerusi telefon dengan menghubungi nombor 03-23317007. Anda juga boleh membuat tempahan menerusi emel di alamat [email protected].

Harga tiket bermula dari RM218, RM268, RM318, RM368, RM600/RM650 (Meet & Greet) - Getaran,  5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 12 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN