web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rindu Nasi Kandar, Nidji Tak Sabar Konsert Di KL Bulan Depan!

Pada konsertnya nanti, Nidji bakal tampil dengan seorang lagi penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu yang selalu menjadi muzik latar pengguna TikTok, Budi Doremi.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 9:00AM

Gambar ihsan Inspire

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Selain peminat di Kuala Lumpur, tolonglah…, kami rindu Nasi Kandar,”

Demikian kata kumpulan popular Indonesia, Nidji dengan nada seloroh semasa bercerita mengenai keterujaannya kembali ke Malaysia selepas empat tahun.

Kali ini Nidji tidak berseorangan. Menerusi Dream Collaboration yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac, Nidji bakal tampil dengan seorang lagi penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu yang selalu menjadi muzik latar pengguna TikTok, Budi Doremi.

Budi Doremi
Budi Doremi

“Saya dulu semasa di sekolah pernah menulis dan berhajat semoga suatu hari nanti saya boleh berkolaborasi dengan Nidji. Ternyata makbul juga impian saya di Malaysia nanti,” kata Budi yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Melukis Senja, Mesin Waktu, Tak Kan Hilang dan Tolong.

Dalam konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu, Nidji berjanji akan membawakan sebuah persembahan luar biasa dengan deretan lagu-lagu hit mereka seperti Laskar Pelangi, Bila Aku Jatuh Cinta, Hapus Aku, Terusir dan banyak lagi.

“Tahun ini adalah tahun ke 21 penubuhan Nidji. Konsert di Kuala Lumpur seperti mengulang semula sejarah kami. Konsert luar negara yang kami hadiri adalah di Malaysia. Kini selepas 21 tahun, kami seronok dapat meraikannya dengan kawan-kawan di Malaysia. Kami sangat gembira dan teruja,” kata gitaris Nidji, Ramadhista Akbar.

Ditanya siapakah sosok penyanyi Malaysia yang ingin diajak berkolaborasi jika mempunyai rezeki di masa hadapan, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menjawabnya.

“Kami sangat suka Dato’ Siti Nurhaliza. Jika ada rezeki, semoga kita dapat berkolaborasi dengannya,” kata Akhbar.

Tiket konsert Dream Collaboration ini sudah mula dijual di ticket2u dengan harga bermula RM214 sehingga RM4694 mengikut kategori. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN