Berita Terkini

2 jam yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 2 jam yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 2 jam yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 2 jam yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 2 jam yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu-lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, Shah Shamshiri berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 4:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 

'Putus' – Vanessa Reynauld

Baru sahaja kita bahaskan minggu lalu dalam edisi TARA yang pertama berkenaan ke mana perginya penghibur bukan Melayu kita dan kebetulan lagu pertama yang kami pilih untuk ulasan minggu ini adalah ‘Putus’ nyanyian Vanessa Reynauld. Vanessa nampaknya mampu pergi jauh dalam bidang seni suara berkat suara dan juga paras rupanya yang unik. Berdarah kacukan Cina dan India, bintang yang mula dikenali melalui laman TikTok ini akhirnya menjadi artis rakaman Sony Music Malaysia dan nampaknya ia satu pertaruhan yang bijak. Lagu pertamanya yang berbahasa Melayu ini digubah dengan indah oleh pasangan yang baru sahaja putus cinta iaitu Farouk Roman dan Amylea Azizan. Jika diamati bait-bait lirik lagu ini seolah-olah Amylea menceritakan tentang percintaannya yang terputus di tengah jalan setelah lama dibina bersama Farouk. Walau bagaimanapun itu mungkin sekadar kebetulan sahaja kerana tiada siapa yang mengetahui cerita sebenar di balik lagu ini. Sungguhpun begitu, lagu ini turut dimuatkan dalam runut bunyi asli (OST) siri drama TV yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu ‘Takdir Yang Tertulis’.  Yang pasti ia adalah balada sedih yang sesuai didengari jika anda sedang melayan perasaan. Satu lagi karya hebat Farouk Roman dan Amylea Azizan bernuansa pop Indonesia yang menyerlah berbanding balada-balada pop Melayu yang sering didengar di corong radio tempatan kini.

 

 

'Kais Pagi Kais Petang' – Andi Bernadee

Selepas balada ‘Penat’, Andi Bernadee kembali dengan sesuatu yang lebih familiar dengan dirinya, iaitu sebuah lagu catchy berentak reggaeton. Susah untuk dinafikan bahawa, lagu ini mengingatkan kita kepada hit-hit Andi sebelum ini iaitu ‘Donde’, ‘Satu Peluang’ dan ’Shimmy’ namun ia masih mempunyai hook yang dapat diingati dan korus yang meninggalkan kesan. Mendapat sentuhan komposer berkumpulan yang menjadi rebutan dalam arus pop Malaysia iaitu MFMF, ia diceriakan lagi dengan pembabitan Andi Bernadee serta pengurusnya sendiri Nasir Deraman untuk penyusunan lirik bersama. Dilengkapkan dengan sebuah lirik video lucu dengan menggunakan animasi grafik, lagu ini juga mampu menjadi sebuah lagu yang mendapat putaran di radio dan menjadi ikutan di media sosial jika dipasarkan dengan betul.

 

'Irama dan Lagu' – Kuzu

Lagu ini merupakan satu percubaan indie di mana penyanyinya bukanlah seorang artis pop komersial namun mempromosikan dirinya melalui wadah-wadah penstriman yang sedia ada. Sungguhpun begitu, ia satu percubaan yang baik kerana lagunya digubah dan ditulis dengan kemas serta melodinya mesra pendengar. Menampilkan muzik yang tidak terlalu rumit serta pada masa yang sama, tidak ketinggalan zaman. Berbekalkan suara yang baik dan susunan muzik yang asyik, Kuzu juga mempunyai harapan untuk melangkah masuk ke dalam arus perdana dan mengumpul liga peminatnya yang tersendiri. Kiasan penulis liriknya yang menyamakan cintanya dengan irama dan lagu memberikan satu kelainan kepada karya ini.

 

'Bersangka' – Arill Fesol

‘Bersangka’ merupakan sebuah karya yang diterbitkan oleh Zimi Sofaz dan mendapat sentuhan Laq selaku komposer manakala Wan turut membantu Laq untuk menghasilkan liriknya. Biarpun penyanyinya agak baru berbanding nama-nama besar dalam industri, Arill yang pernah menyertai Idola Kecil 2 mempunyai suara yang baik untuk genre Pop Melayu. Sungguhpun begitu, jika lagu ini adalah pertaruhan pertamanya di bawah Permata Muzik dia harus menghadapi persaingan sengit dengan ramai lagi artis-artis lelaki Melayu yang membawa irama pop yang mirip dengan konsep ini. Kita tunggu dan lihat jika Arill mampu meninggalkan kesan dalam industri muzik tempatan.

 

'Surat Akhir' – Amira Othman

Lagu ini indah dan bermakna gara-gara liriknya yang menyentuh perasaan selain melodinya yang sesuai dengan tema cerita. Seperti nama lagu ‘Surat Terakhir’ ia menceritakan tentang pesanan yang ditinggalkan seorang wanita buat suaminya kerana dia tahu dirinya bakal meninggalkan dunia ini. Dia menitip pesan untuk menjaga ayah dan ibunya serta anak-anaknya. Sebuah lagi karya sentuhan MFMF membuatnya menjadi balada yang tidak membosankan, apatah lagi dengan suara merdu Amira Othman yang membuai perasaan. Syafiq Khan selaku penulis lirik pula berjaya menghidupkan emosi mereka yang mendengar dan memberi perhatian kepada lenggok dan bait-bait liriknya . Biarpun agak sedih namun lagu ini wajar sebagai peringatan kepada semua tentang dunia yang sementara. Ia turut menjadi salah satu lagu runut bunyi bagi drama ‘Marry Me Senorita.’ - Getaran, 3 Februari 2021

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

2

Muzik 15 jam yang lalu

Bakat Muzik Satukan 6 Beradik Di Pentas

3

Semasa 2 hari yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Fasha Sandha Terima Permohonan Maaf Terbuka Daripada Wanita Yang Menuduh Dirinya Potong Usus Untuk Kurus

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

Sementara itu, bekas CEO FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim mengakui terkejut dengan keputusan penamatan kontraknya tanpa sebarang perbincangan bersamanya dan...

oleh Ellyna Ali dan Rubini Nagarajah

Filem & TV 23 jam yang lalu

'Polis Evo 3' Pungut RM25 Juta Dalam Masa Seminggu, Pecah Rekod Kutipan Filem Terdahulu

'Polis Evo 1' berjaya mengutip sebanyak RM18 juta manakala 'Polis Evo 2' pula sebanyak RM23 juta.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

30 Penggiat Seni Dapat Kebenaran Ambil Tindakan Undang-Undang Tuntut Bayaran Royalti