Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Besharam Rang – Pathaan Cetus Kontroversi Lagi, Didakwa Lagu Ciplak Penyanyi Pakistan, Sajjad Ali 

Penyanyi dari Pakistani, Sajjad d Ali telah tampil ke hadapan mendakwa bahawa lagu Besharam Rang dalam filem itu telah diciplak daripada lagunya yang dilancarkan 26 tahun lalu. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 10:00AM

Sajjad Ali - Gambar Instagram Sajjad Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun bakal ditayangkan di seluruh pawagam di India, kontroversi yang melibatkan filem Pathaan arahan Rohit Roy masih lagi belum selesai. 

Terbaharu, seorang penyanyi dari Pakistan, Sajjad Ali telah tampil ke hadapan mendakwa bahawa lagu 'Besharam Rang' dalam filem itu telah diciplak daripada lagunya. Bahkan, dia turut memuatnaik muzik video lagunya, Ab Ke Hum Bichare sebagai bukti. 

Tidak sampai seketika, netizen telah memberikan reaksi dan mendakwa bahawa lagu aslinya itu memang telah diciplak komposer Vishal-Shekhar. 

Dalam media sosial Instagramnya, Sajjad berkongsi video dia menyanyikan lagunya dengan menulis kapsyen: “Selepas mendengar lagu di dalam filem (Pathaan) ini, ia mengingatkan saya kepada lagu saya yang pernah saya keluarkan kira-kira 26 tahun lalu, 'Ab Ke Hum Bicahre'. Enjoy!”.

Walaupun Sajjad tidak menyatakan nama lagu yang mengingatkan kepada lagunya, namun pengguna Instagram yang mengikuti hantarannya itu, seolah-olah tahu dan dapat meneka perbandingan tersebut. 

Seorang pengguna menulis: “Bunyi seperti Besharam Rang’ daripada Pathaan, dan seorang lagi pula memberitahu: “Ini macam Besharam Rang. 

Manakala pengguna ketiga pula menuis: “Lagu Besharam diambil daripada Sajjad Ali. Komposer muzik di India, sering mencetak komposisi muzik kami dan mereka langsung tidak memberikan kredit kepada penyanyi Pakistan. 

Filem Pathaan yang diterajui Datuk Shah Rukh Khan dengan Deepika Padukone sudah pun mencetuskan kontroversi sebelum ini menerusi babak bikini jingga menyala dipakai Deepika dalam lagu 'Besharam Rang' itu. 

Beberapa pemimpin politik dan ahli agama berpendapat bahawa penggunaan bikini jingga menyala itu sebagai suatu penghinaan terhadap agama Hindu kerana ia menyamai warna suci agama itu iaitu Saffron. 

Sehubungan itu, mereka telah memberi tekanan kepada penerbit filem iaitu syarikat produksi Yash Raj Films agar membuang babak tersebut sebelum ia ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.  

Getaran turut menyertakan muzik video lagu 'Besharam Rang' di dalam artikel ini. Anda cuba bezakan! -  Getaran, 4 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

3

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

4

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Shah Rukh Khan Failkan Tuntutan Saman Selepas Klip Video dan Gambar Filem 'Jawan' Tersebar Dan Viral Di Internet

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 17 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor