web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Lenyap' Taruhan Terbaru Usop Di Kala Musim Pandemik

Pandemik dan perintah kawalan pergerakan tidak menghalang pemuzik ini berkarya.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 10:56AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Naib Juara Big Stage 2020, Usop, muncul dengan taruhan terbaharu berjudul ‘Lenyap’ yang padat dengan emosi dan pasti meruntun jiwa dengan gaya yang lebih suave berjudul ‘Lenyap’. Lagu yang dicipta khas ini adalah kerjasama di antara komposer-komposer terkemuka negara seperti Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment bersama-sama Universal Music Malaysia dengan Faithful Music Publishing.

Mengulas tentang single terbaharunya ini, Usop memberitahu lagu ini mengangkat tema cinta, dan ia adalah susulan kepada dua single yang terdahulu.

“Lagu ini menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa reda akan takdir yang menimpa dirinya.”

“'Lenyap' yang lebih kepada genre balada pop merupakan susulan kepada dua lagu saya yang terdahulu iaitu ‘Aku Yang Bersalah’ dan ‘Selamanya’”, ujar Usop. 

Naib Juara Mentor Milenia 2017 ini turut berkongsi, proses penghasilan lagu ini mengambil masa yang agak lama kerana jadual kerjanya agak padat pada waktu itu. 

 “Agak lama untuk lagu ini disiapkan kerana pada ketika itu saya sedang sibuk dengan pertandingan Big Stage 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan.”

“ Lagu ini dirakamkan di studio Faizal Tahir ketika PKPB dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment yang bertanggungjawab menyusun segala jadual saya dan menyediakan surat kebenaran agar proses rakaman dapat disempurnakan. Walaupun penat dengan sesi latihan Big Stage 2020 kami akhirnya berjaya melakukannya.”

“Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan komposer-komposer hebat tanah air kerana senang bekerja dengan mereka, dan banyak ilmu yang saya timba ketika sesi rakaman dijalankan.

Menurut Feros Sayna, Ketua Label Rocketfuel Entertainment, pihaknya sangat berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan Faithful Music Publishing untuk penghasilan single terbaru Usop ini.

“Buat pertama kalinya kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan juga Faithful Music Publishing kerana segala perancangan berjaya membuahkan hasil yang berkualiti dan semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali.”

“Usop merupakan artis naungan kami yang mempunyai potensi besar, walaupun usianya masih muda, dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkan oleh Usop membuktikan dia mahu pergi jauh dalam bidang ini dan saya harap pendengar dapat menerima baik taruhan terbaru ini,” ujar Feros.

 

Buat cover video untuk peminat

Berkongsi cerita tentang aktiviti seninya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Usop memberitahu dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan membantu menguruskan perniagaan nasi kandar milik keluarga.

“Saya lebih banyak menghabiskan masa di kampung bersama keluarga dengan membantu mereka menguruskan perniagaan nasi kandar kami. Selain itu, saya juga turut menggunakan masa yang ada ketika PKP dengan membuat cover video atas permintaan peminat-peminat saya. Semoga ‘Lenyap’ mendapat tempat di hati semua para pendengar dan peminat muzik tanah air, dan terimalah buah tangan terbaharu daripada saya ini dengan hati terbuka.”

“Saya juga menyeru agar kita semua terus patuh terhadap SOP yang ditetapkan kerajaan dan sama-sama kita lawan wabak COVID-19 ini,” ujar Usop mengakhiri perbualan.

Lagu ‘Lenyap’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Lenyap’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. – Getaran, 3 Februari 2020.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 minggu yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 1 minggu yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 19 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN