web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daripada Pelawak Kepada Penyanyi, Murty Luahkan Fasa Patah Hatinya Dalam ‘Ride’

Tampil dengan gabungan segar R&B dan vokal Tamil klasik, Murty membawa anda menikmati perjalanan perasaan dalam Ride.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 6:11PM

Murty - Gambar ihsan Murty

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehilangan kaki akibat kemalangan pada tahun 2019 membuatkan Murty terbaring di rumah. Ditambah dengan keadaan pandemik COVID-19 membuatkan lelaki ini terperuk menghabiskan sisa masanya.

Ketika itulah Murty mula memberanikan diri menyanyikan lagu-lagu saduran dan berkongsi video di media sosial. Semakin hari, banyak respons positif diberikan pendengar membuatkan Murty merasakan sudah masanya untuk dia menceburi bidang muzik dengan serius. 

Mempunyai pengalaman sebagai deejay di pub dan pelawak komediri, menjadi penghibur bukanlah sesuatu yang canggung dalam hidup pemilik nama sebenar Thatchnamoorthy Nellagapan ini.

Mengimbau pengalaman putus cinta paling menyedihkan dalam hidup, Murty menuliskan 'Ride' dengan muzik R&B yang terinspirasi daripada lagenda seperti Boyz II Men, Tevin Campbell dan Jacob Collier. 

Proses kreatif Ride tidak mengambil masa yang lama. Lagu yang bercerita mengenai perjalanan dunia romantisnya ini dihasilkan dalam masa kurang dari seminggu. 

 Murty
Murty

“Saya melalui fasa patah hati yang paling menyedihkan. Jadi dua baris awal lagu ini memang terpacul selepas saya mengingat perkara itu. Ia boleh dikatakan sebagai the worst break up ever. 

“Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang memang mendengar lagu-lagu Tamil klasik. Maka Ride dihasilkan dengan sentuhan R&B dan vokal Tamil klasik,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

Selepas dihasilkan, Ride menerima penghargaan pertamanya apabila dinobatkan sebagai pemenang CAA Intake Challenge 6 iaitu sebuah pertandingan muzik atas talian yang dianjurkan oleh Creative Agency Asia. 

Ramai yang mengenali Murty sebagai pelawak komediri sebelum ini, namun percubaannya mempertaruhkan Ride ternyata mendapat sokongan rakan-rakan komedinya yang lain.

“Mereka memang tahu yang saya selalu buat lagu cover. Tapi bila saya betul-betul keluarkan Ride, mereka terkejut. Ramai juga yang sokong siap ada yang tawarkan tajaan pakai untuk video muzik selepas ini.

“Tapi saya tak boleh tipu ada juga yang memberi respon sebaliknya,” katanya. 

Murty tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam bidang muzik. Namun dia sentiasa berharap akan diberi kesempatan untuk berkolaborasi dengan ramai penerbit dan pengkarya yang memang tulus menghasilkan muzik bukannya mengejar nama dan wang semata-mata. 

Ride kini boleh distrim di semua platform penstriman dan laman YouTube, Murty

Dalam perkembangan lain, Murty  sedang dalam proses menghasilkan lagu seterusnya dan bekerjasama dengan pelbagai pemuzik dan penerbit tanah air yang berbakat. - Getaran, 9 Disember 2022 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN