Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 8:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tap Tap Love - Didie Alias

Pelakon dan pengacara senior lagi popular, Didie Alias membuat kejutan istimewa dengan mengeluarkan sebuah lagu baharu berjudul ‘Tap Tap Love’. Sesuai dengan imej Didie yang lucu dan lincah tiap kali membuat persembahan, lagu yang berunsur pop dance ini membuat kita ingin menari bersama sambil menikmati liriknya yang menarik. Malah ‘Tap Tap Love’ memang dipilih mengikut karakter peribadi Didie Alias sendiri dan menceritakan mengenai keseronokan berbelanja dan nikmat apabila memiliki barang yang ingin dimiliki. Mempertaruhkan lagu dan lirik yang dihasilkan seluruhnya oleh Ilya Hida dan Ruvi, ia mampu menjadi siulan ramai jika diberikan putaran radio yang tinggi. Tidak mustahil juga jika ini menjadi pembuka jalan untuk projek-projek muzik Didie seterusnya.

 

 

Mencari Sinar – Inteam & Sam Bunkface

'Mencari Sinar' membawa mesej penghijrahan dan dilancarkan bersempena Ramadan kerana dalam bulan inilah umat Islam lebih bermotivasi untuk berubah dan berhijrah. Lantas penampilan Inteam dan Sam Bunkface menyampaikan lagu ini merupakan sesuatu yang menyenangkan dan kolaborasi mereka sebenarnya sama sekali tidak dijangka. Lagu ini merupakan sebuah karya baharu yang mana melodi dan lirik asalnya ditulis oleh Allahyarham Ahmadi Hassan. Allahyarham adalah penyanyi era 70 dan 80-an yang banyak menghasilkan lagu-lagu dakwah. 'Mencari Sinar' ialah salah sebuah karya terakhir Allahyarham yang belum pernah dirakam sebelum ini. Istimewanya, inilah satu-satunya karya ciptaan Allahyarham yang diselitkan elemen rap di dalamnya. Bagaimanapun, bagi mengukuhkan lagi mesej yang terkandung di dalam lirik, Sam Bunkface telah membuat improvisasi pada rangkap rap lagu ini. Bagi mewujudkan kelainan serta keseimbangan kepada genre dan mood lagu, Smileyriver telah mendapatkan khidmat Sam Bunkface sebagai penyusun muzik di mana Sam turut bekerjasama dengan Epul Kuat untui tugas ini. 'Mencari Sinar' turut menampilkan Fauziah Gambus sebagai pemuzik jemputan. Gabungan dua artis muda dari dua genre dapat membantu menyebarkan mesej lagu ini dengan lebih meluas dan berkesan.

 

KekasihKu – Madam

Band pertama Rocketfuel Entertainment yang sedang menempa nama di persada muzik tanah air, Madam kembali dengan single berbentuk ketuhanan berjudul ‘KekasihKu’. Masih mengetengahkan genre rock moden, istimewanya kali ini ia disuntik dengan elemen muzik dari Timur Tengah di mana lagu tersebut ditulis oleh Jerry dan Zain, manakala melodinya pula mendapat sentuhan komposer hebat, Zimi. Di awal lagu lagi pendengar boleh meneka genre lagu ini kerana ada laungan nyanyian ala timur tengah. Namun persamaannya dengan lagu-lagu pop rock yang kerap dimainkan di radio tidak dapat dinafikan. Apa yang membezakannya adalah lirik dan mesejnya yang berunsur nasihat dan mengingatkan kita tentang kebesaran Tuhan. Ia secara umum mengisahkan tentang seorang hamba Tuhan yang sedang mencari jalan pulang atau mahu kembali ke pangkal jalan. Yang pasti ia satu karya rock yang sesuai untuk bulan Ramadan ini.

Tetap Aku Cinta - Ara Johari

Penyanyi genit bersuara lantang, yang juga merupakan Naib Juara AJL Ke-32, Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih terkenal dengan nama pentasnya, Ara Johari, kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Tetap Aku Cinta’ setelah hampir setahun menyepi. Masih setia dengan genre muzik pilihannya, ‘Tetap Aku Cinta’ yang bergenre balada rock moden dicipta oleh komposer dan penulis lirik berbakat, Amy Bong dan Furhan. Biarpun membawa tema cinta, lagu ini agak berbeza daripada balada yang pernah dilagukan oleh Ara sebelum ini. Ia lebih progresif dan mempunyai sedikit kelainan serta lari dari balada pop Melayu yang sering dibawa Ara. Semoga Ara tampil dengan lebih banyak karya moden seperti ini.

Perpisahan – Khai Bahar

Diambil dari album terbaru Khai Bahar, 'Zikir Damba Ketenangan' yang memuatkan lima zikir dan satu lagu penuh ini, 'Perpisahan' adalah ciptaan penuh Rudy Nastia, Shamin Nazri dan Adi Pawana. Ia adalah lagu ketuhanan yang mengajak semua orang untuk mengingati kematian dengan bait lirik yang agak menginsafkan. Menurut penulis lirik lagu 'Perpisahan', Dr Azrul berkata, lagu itu sebenarnya bertujuan mengingatkan diri sendiri dan semua orang bahawa kematian itu pasti dan boleh datang pada bila-bila masa. Sebuah balada ketuhanan yang sedap didengar ia juga lebih sempurna dengan kehadiran vokal Khai yang merdu. Tidak berlebihan dan mampu menginsafkan, 'Perpisahan' wajar menjadi lagu untuk mengisi kekosongan waktu di kala Ramadan ini. – Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 hari yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 2 hari yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

3

Selebriti 4 hari yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 10 minit yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki