web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Resolusi Exists Tetap Diteruskan, Biarpun Esoknya Hari Mengundi - Along Exists 

Along juga mengakui mereka terpaksa ambil risiko untuk meneruskan konsert itu biarpun mungkin terpaksa berdepan dengan kelompok peminat yang tidak dapat hadir kerana pulang mengundi. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 7:00PM

Exists akan meneruskan Konsert Resolusi Exists di Zepp Kuala Lumpur atas permintaan penganjur, ImagineX. - Gambar ImagineX

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan muzik, Exists tetap akan meneruskan konsert mereka biarpun esoknya adalah hari berlangsungnya Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15 (PRU-15). 

Exist bakal menjayakan Konsert Resolusi Exists di Zepp Kuala Lumpur pada esok hari (18 November) dengan menampilkan vokalis pertamanya, Mamat Exists serta dua penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Pasha dan Eiz .

Along berkata, mereka meneruskan Konsert Resolusi Exists itu atas permintaan pihak penganjur, ImagineX. 

“Pihak penganjur yang mahu teruskan, jadi kita teruskan sajalah. Lagipun kalau tunda, tarikh lain untuk menggantikannya tidak ada. 

“Seperkara lagi, kalau tukar tarikh, Exists dah sibuk dengan projek lain. Malah, kami juga mahu fokus dengan Konsert Reunion Exists di Singapura pada Januari depan. Sebab itulah, mahu tidak mahu, kami tetap kena teruskan konsert ini,” katanya kepada Getaran. 

Along juga mengakui bahawa mereka terpaksa ambil risiko untuk meneruskan konsert itu biarpun mungkin terpaksa berdepan dengan kelompok peminat yang tidak dapat hadir kerana pulang mengundi. 

 “Memang kami terpaksa ambil risiko ini. Tapi, apa yang dimaklumkan pihak penganjur kelompok peminat yang tidak dapat datang konsert kerana pulang mengundi ini tidaklah begitu ramai. 

“In Sha Allah, kami yakin konsert ini tetap akan dihadiri ramai peminat Exists. Jualan tiket pun okay. Kalau tak okay, tidak mungkin pihak penganjur meminta ia diteruskan,” katanya. 

Along juga menjelaskan bahawa segala persiapan telah dilakukan dan Rabu malam merupakan latihan terakhir mereka di studio. Kami akan masuk ke Zepp untuk melakukan ‘sound check’ pada hari konsert esok,” katanya. 

Gambar ihsan ImagineX
Gambar ihsan ImagineX

Terdahulu sewaktu sidang media konsert ini diadakan, Exists yang muncul berlima iaitu Mamat, Ajai, Along, Musa dan Ujang telah mengumumkan bahawa konsert ini diadakan tanpa Ezad Lazim kerana vokalis mereka yang seorang lagi itu mempunyai komitmen lain. 

“Ezad terlibat projek persembahan di tempat lain. Jadi, kami memutuskan untuk menggunakan khidmat Pasha iaitu peserta Mentor Ajai dan Eiz sebagai penyanyi jemputan untuk membawakan lagu-lagu Ezad. 

“Kami percaya kepada kemampuan kedua-dua penyanyi ini. Dan, sebelum memilih mereka pun, Pasha dan Eiz sering bersama kami. Pasha adalah anak didik saya, manakala Eiz pula anak didik Along. 

“Bila kami bawakan penyanyi jemputan bersama Exists, maknanya penyanyi tersebut ada sesuatu untuk diperkenalkan,” kata Ajai. 

Sementara itu, Musa pula memberitahu, pemilihan tajuk Konsert Resolusi itu juga bersesuaian dengan apa yang cuba mereka ketengahkan di dalam konsert ini apabila menampilkan Pasha dan Eiz sebagai penyanyi jemputan. 

“Kami semua sepakat untuk mengetengahkan Pasha dan Eiz. Mereka bukanlah menggantikan tempat Ezad. Sebaliknya, mengisi kekosongan yang ada untuk membawakan lagu-lagu Ezad nanti,” katanya. 

Ajai pula menambah, khidmat Pasha dan Eiz juga mungkin akan digunakan pada masa-masa akan datang untuk konsert Exists. 

“Seperti yang ada semua tahu, walaupun Exists adalah sebuah kumpulan tetapi sebagai individu, kami juga terikat dengan pelbagai komitmen lain. 

“Kami hanya akan bergabung apabila kami dapat melakukannya dan jika ada yang sibuk, kami memahami keadaan itu,” katanya. – Getaran, 17 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Exists Di Kuching Bakal Adunkan Nostalgia Dan Keunikan Muzik Sarawak

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Saya Takut Bawa Lagu Ini – Ungu Nyanyi Lagu Paling Digeruni Semasa Konsert Di Malaysia

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Exists Tampil Dengan Album Konsert ‘Live’ Pertama, Terhad 1,000 Unit Sahaja

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN