web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Exists Di Kuching Bakal Adunkan Nostalgia Dan Keunikan Muzik Sarawak

Konsert berkenaan akan berlangsung selama dua jam setengah bermula 9.00 malam dengan 25 lagu popular dari album pertama Exists hingga album terakhir akan didendangkan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 8:03AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan (empat, kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol (lima, kiri) bersama ahli kumpulan Exist pada pengenalan dan sidang media konsert Exist - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Peminat kumpulan Exists di Sarawak kini tidak lagi perlu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’, kerana berpeluang menyaksikan secara langsung persembahan pemuzik terkemuka tanah air itu, menerusi siri kedua Konsert Exists Resolusi yang bakal diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 27 Mei ini.

Pemain keyboard Exists Mohd Faizal Maas atau dikenali sebagai Ajai berkata buat julung kalinya, kumpulan itu akan mengadakan konsert di bandar raya itu, dengan mengambil kira kepelbagaian budaya dan keunikan muzik tradisional di Bumi Kenyalang.

Berbaki empat bulan lagi, Ajai berkata gabungan antara muzik tradisional Sarawak dan lagu Exists merupakan kelainan yang mahu ditonjolkan dalam siri kali ini, dan ia akan disajikan sebagai pembuka tirai konsert nanti.

“Kita sedang mencari kumpulan pemuzik tempatan seperti pemain sape untuk hasilkan ‘masterpiece’. Kami mahu tampilkan kelainan dalam setiap konsert dan antara nama yang dalam perancangan untuk bergandingan bersama Exist ialah Alena Murang (pemain sape),” katanya dalam sidang media Konsert Exists Resolusi di sini semalam.

Konsert berkenaan akan berlangsung selama dua jam setengah bermula 9.00 malam dengan sejumlah 25 lagu popular dari album pertama Exists hingga album terakhir akan didendangkan, antaranya 'Alasanmu', 'Kembali', 'Untukmu Ibu', 'Janji Padamu', 'Janji Bidadari', 'Terpaksa', 'Kuman H.I.V' dan 'Kerana Cinta'. 

Selain Ajai, Exists turut dianggotai Musa Radhi yang bermain bass, Along (gitar) dan Ujang (dram). Vokalis asal, Mamat akan bergandingan dengan dua lagi penyanyi Pasha dan Eiz.

Siri pertama konsert Exists Resolusi diadakan pada 18 November lepas di Kuala Lumpur. Tiket dijual pada harga bermula RM95 hingga RM450 dan boleh dibeli di laman web www.ticket2u.com bermula Jumaat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN