web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Exists Tampil Dengan Album Konsert ‘Live’ Pertama, Terhad 1,000 Unit Sahaja

Kumpulan Exist akhirnya memiliki album ‘live’ mereka yang pertama sepanjang penubuhan kumpulan ini. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 9:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan  Exists tampil dengan album edisi terhad rakaman konsert mereka yang telah berlangsung pada 2019.

Album ini juga punya keistimewaan tersendiri kerana ia merupakan album live pertama Exists Reunion. Khalayak dan khususnya peminat   Exists pasti ingat dengan momen dan persembahan mantap yang diberikan mereka sewaktu Konsert Reunion di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019.

Ribuan peminat menjadikan ia satu sejarah istimewa tersimpan dalam lipatan penubuhan kumpulan yang dianggotai oleh Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Shah dan Ujang ini. 

Lalu, sebagai sebuah cenderahati istimewa, album Konsert Exists Reunion Live ini menghadirkan 22 buah lagu untuk dinyanyikan bersama dan dipakejkan cantik dalam dua keping cakera padat. Hanya 1,000 salinan yang dikeluarkan dan dijual dengan harga RM89.

Album dengan pakej edisi terhad ini juga menyediakan bingkisan lirik-lirik serta poster cantik sebagai menambahkan lagi bunga-bunga kenangan terhadap konsert yang berjaya tersebut.

Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah 'Dirantai Digelangi Rindu', 'Mengintai Dari Tirai Kamar', 'Rahsia Pohon Cemara', 'Masih Terserlah Ayumu', 'Jesnita', Per'cayakan Siti', 'Seperti Dulu' dan banyak lagi.

Shiraz Music selaku penerbit konsert dan album ini turut percaya bahawa dengan adanya album ini akan mengembalikan lagi kenangan dan momen peminat apabila memiliki sebuah album untuk disimpan sebagai koleksi peribadi atau ‘collectors item’.

Menurut Ajai, dia berpuas hati dengan kualiti album ini dan memuji kemantapan vokal Ezad dan Mamat sewaktu membuat persembahan. 

Bagi Along yang merupakan individu yang bertanggungjawab dari segi teknikal bagi pembikinan album ini, peminat bakal merasai pengalaman seperti berada di dalam stadium apabila mendengar album ini.

Jangan lupa untuk dapatkan album istimewa ini menerusi laman sesawang rasmi Shiraz Music sebelum kahabisan stok. Getaran, 2 Disember 2021

Gambar: Shiraz Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN