web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kembara Bakal Bawakan Lagu Yang Jarang Dibawakan Di Konsert 

Kembara bakal tampil dengan Konsert Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KlCC) pada 31 Julai ini. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 2:02PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kali terakhir pada 2014, kumpulan Kembara pernah beraksi dalam sebuah konsert di ibu kota Kuala Lumpur dan ia meninggalkan 1001 kenangan itu buat kelompok peminat yang cukup menggemari lagu-lagu mereka yang bergenre rakyat serta perjuangan itu.

Setelah lapan tahun, Kembara yang dibarisi Datuk M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) akan beraksi semula dalam  Konsert Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KlCC) pada 31 Julai ini. 

Dianjurkan Shiraz Projects Sdn Bhd, konsert ini akan membawa penonton mengembara ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka. 

Ditanyakan kepada Datuk M. Nasir tentang keistimewaan konsert kali ini, beliau menyifatkan ia sebagai suara satu generasi. 

“Generasi yang saya maksudkan adalah generasi 80-an. Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu dari segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khasnya. 

“Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80-an) sahaja. Dan, bentuk muzik akan menjangkau generasi yang seterusnya,” terangnya yang merupakan vokalis dan pengasas kumpulan ini.

Sementara itu, Zoul selaku gitaris berkata, walaupun usia semua mereka sudah agak menjangkau tetapi semangat kuasa kuda masih lagi bertahan.

“Saya merasakan bahawa semangat kami lebih. Kami betul-betul teruja dengan konsert yang akan datang ini,” katanya. 

Kumpulan Kembara mula ditubuhkan pada 1979 dan mereka sudah memulakan persiapan sejak dua bulan lepas serta bakal menampilkan repertoire yang sangat istimewa dan rare!

“Lagu-lagu yang dipilih kebanyakan dirakam lebih daripada 30 tahun. Bila kami semak balik lagu-lagu yang kami ada, kami pun tak sangka ada lagu-lagu lain yang sedap dan kami rasa ia patut diketengahkan di dalam konsert ini,” katanya. 

Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, sudah lama pihaknya mengimpikan untuk bekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat dan akhirnya ia bakal terlaksana juga pada Julai ini. 

“Perbincangan dan perancangan konsert ini sudah bermula sebelum pandemik lagi dan kami akur dengan keadaan yang melanda. 

“Untuk tahun ini, kami sangat bersemangat untuk membawakan lagu- lagu Kembara berkumandang di dewan berprestij iaitu Dewan Plenari. 

“Pastinya Kembara akan memberikan sebuah persembahan yang bertenaga dengan untaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonik untuk para pendengar.

“Bahkan, ia mampu memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali muzik Kembara dengan akrab lagi menerusi persembahan bertenaga mereka kelak,” katanya. 

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh didapati menerusi laman web www.myticket.asia. - Getaran, 7 Julai 2022

Gambar: Kembara Ihsan Shiraz; Datuk M Nasir (Fail) 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Magis Maestro M Nasir

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Akui 4 Kali Rombak Skrip, Akhirnya Mior Hashim Manap Terbitkan Sendiri Filem Imam Yang Juga Arahannya 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Kenapa Kena Pakai Seragam Sekolah Waktu Konsert Nanti? Ini Jawapan Melly Goeslow

4

Kolum 3 tahun yang lalu

Sebuah ‘Collage’ Mengenai Penulisan Lirik

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa