Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sebuah ‘Collage’ Mengenai Penulisan Lirik

Seperti mana politikus menunggang agama, penulis lirik pula menunggang melodi. Penulis lirik menunggang melodi seperti menunggang seekor kuda liar. 

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 4:00PM

Gambar hiasan Pexels

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“But the words get in the way… There's so much I want to say…” - Gloria M. Estefan

Lirik bukanlah mengenai kata kata, tetapi mengenai perasaan dan pesanan. Seringkali kata-kata hanya mengganggu perasaan dan pesanan yang hendak disampaikan. 

Kata-kata hanya berada di dalam lagu atau melodi kerana terpaksa.

Walaupun kedengaran pelik, tetapi sebagai penulis lirik aku cuba mengelak dari menggunakan kata-kata di dalam lagu.

Semakin aku mencuba, semakin aku gagal. Semakin pula tersembur perkataan dan kata-kata yang datang entah dari mana. 

Penulisan lirik adalah satu seni yang tersendiri. Ia bukan sajak, bukan puisi, malah jauh sekali dari novel dan lakun layar.

Penulisan lirik terbelenggu dek irama, malah terpenjara dan terbatas kepada suku kata atau jumlah notasi-notasi muzik. 

Penulis lirik yang terlalu fokus kepada perkataan dan kata-kata yang hendak digunakan akan terlupa malah terpinggir dari perasaan dan pesanan yang hendak dikongsi dan disampaikan.

Lantas, melodi yang baik juga boleh menjadi rosak.

Seperti mana politikus menunggang agama, penulis lirik pula menunggang melodi. Penulis lirik menunggang melodi seperti menunggang seekor kuda liar. 

Penunggang cuba beralun dan berhayun bersama kudanya. Kuda akan berderap (berlari laju), berhempas hempas dan berbentak bentak. 

Penunggang mengikut sahaja ke manakah yang akan dibawa kudanya dan bertahan sehingga kuda itu penat dan akur mengikut arahannya.

Akhirnya, penunggang dan kuda akan mempunyai hubungan yang tersendiri. Saling ada hormat dan ada sayang.

Penulis lirik mesti menghormati dan menyayangi melodi untuk mencapai destinasi. Begitulah seharusnya setiap perkara yang berharga di dalam hidup ini. Mesti saling ada hormat dan sayang.

Muzik popular adalah untuk orang muda dan dihasilkan juga oleh orang muda. Orang lama bergelut untuk kekal releven.

Namun untuk menjadi pembikin dan penerbit muzik atau lagu yang baik dan bertahan lama, seseorang itu mestilah mampu merentas generasi.

Mereka seharusnya menghasilkan lambakan muzik yang dapat berbicara bukan sahaja kepada generasinya, tetapi juga kepada generasi yang lebih berusia dan kepada generasi mendatang.

Gambar Britannica
Gambar Britannica

Sebagai contoh, The Beatles bukan sahaja membikin muzik untuk generasinya malah masih berbicara kepada generasi selepasnya sehingga hari ini. 

Di dalam tempoh lapan tahun kewujudan The Beatles, mereka menghasilkan ‘Love me Do’ kepada ‘Strawberry Fields’ sehingga ke ‘The Long And Winding Road’.

Di Malaysia dan Singapura, M. Nasir adalah satu contoh yang baik. Beliau menghasilkan muzik yang berbicara kepada generasinya malah kepada generasi hari ini dan mendatang.

Apa sekalipun rentak dan bentuk melodi serta instrumentasi yang digunakan, melodi dan liriknya tetap diterima kerana menyentuh perasaan dan mempunyai pesanan.

‘The Long And Winding Road’ ciptaan Paul McCartney, ‘Tiara’, ‘Dua Insan’ dan banyak lagi contoh lagu ciptaan M. Nasir yang telah dirakam dan dinyanyikan semula di dalam pelbagai versi, tetap juga sedap di hati pelbagai generasi pendengar.

Hael Husaini
Hael Husaini

Hael Husaini

Hari ini, pencipta dan penerbit lagu yang berpotensi besar menjadi hebat dan bakal merentas masa adalah Hael Husaini.

Beliau memiliki citarasa yang tinggi di dalam mutu penerbitan muzik dan video keseluruhannya, tetapi lebih khusus lagi, beliau mempunyai citarasa yang tinggi di dalam memilih melodi dan kata-kata.

Lirik atau kata-katanya mempunyai keistimewaan. Keistimewaan itu datangnya dari perasaan dan sudut pandangnya sebagai seorang yang artistik.

Kehebatan liriknya bukan pada laras bahasa tetapi pada intipati perasaan dan ceritanya. Tiada apa yang bombastik dan menunjuk-nunjuk di dalam kata-katanya.

Lagu dan liriknya seperti 'Jampi', 'Haram', 'Hajat', dan 'Kelentang Kelentong' adalah sangat bagus kerana ianya; menarik, menghiburkan dan berperasaan.

Tetapi selagi Hael Husaini belum menghasilkan lima ratus buah lagu, beliau masih lagi hanya satu potensi. Belum lagi mencapai pencapaian sebenar. 

Begitupun, beliau masih muda dan masih ada masa untuk bergelar pencipta lagu dan seniman sejati.

Semoga beliau tidak terpedaya dengan anugerah-anugerah yang telah beliau menangi di awal-awal pembabitannya, kerana seringkali anugerah juga boleh menjadi satu sumpahan dan malapetaka.

Ramai insan yang memenangi anugerah anugerah besar di awal pembabitan akan mati terhempap dek anugerah anugerah itu. Anugerah boleh membunuh potensi.

Hael Husaini mempunyai pesona dan intrigue malah cukup eccentric untuk menjadi seorang seniman dan superstar.

M Nasir
M Nasir

Sebagai pencipta lagu, penyanyi dan penghibur, Hael Husaini berkebarangkalian menjadi M. Nasir generasi hari ini.

Beliau mesti pandai dan bijaksana dengan cara beliau membawa diri, sama ada di dalam muzik malah kehidupan peribadinya. Sebagai selebriti, banyak lensa yang akan memerhatikannya.

 Noh Salleh

Noh Salleh dari kumpulan Hujan adalah seorang individu dan penghibur yang sangat karismatik.

Beliau adalah pencipta dan penerbit lagu yang istimewa. Hasil ciptaannya berbicara kepada generasinya di dekad 2000-an dan ke pertengahan dekad berikutnya.

Lirik-liriknya yang mudah bersahaja di dalam menceritakan momen-momen bongkah-bongkah perasaan dan kehidupan yang kompleks adalah tanda-tanda seorang penulis dan pencipta yang bukan calang-calangan.

Mendengar lagu dan liriknya membuat aku terasa untuk kembali menjadi muda dan kebal dari penyakit dan maut. Menjadi daim. Immortal.

Bukankah itu tujuannya Rock N Roll? Untuk kekal abadi?

Sememangnya cabaran seorang penghibur adalah untuk terus releven. Masa perlahan-lahan merangkak dan memamah usia tanpa disedari.

Noh Salleh yang muda kini meningkat dewasa ke usia lewat 30-an. Banyak yang hendak diperkatakan telah pun diperkatakan.

Beliau perlu terus berbicara dan menghasilkan karya-karya baru untuk generasinya dan generasi yang selepasnya, yang dihuni generasi Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Khai Bahar.

Haqiem Rusli
Haqiem Rusli

Mungkin lewat ini beliau sedang menghadapi dugaan hidup peribadi. Menjadi mahsyur juga datang beserta pelbagai dugaan rohani dan jasmani tersendiri.

Aku punyai penuh keyakinan, Noh Salleh mempunyai cukup bakat dan bahan untuk meneruskan bicaranya; menghasilkan karya-karya menarik dan istimewa.

Khai Bahar
Khai Bahar

Memang pelik bunyinya; seorang penulis lirik perlu mengelak dari menggunakan kata-kata.

Setiap kata-kata yang digunakan adalah kerana terpaksa dan perlu sahaja. Oleh itu, buanglah perkataan dan kata kata yang tidak perlu berada di dalam lagu.

Malah sebagai peringatan buat diriku sendiri, gunalah perkataan dan kata kata yang perlu sahaja di dalam menulis rencana dan ketika berbicara.

Tetapi tersembur juga kata-kata demi kata-kata yang tidak perlu ada. - Getaran, 9 November 2022
 

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 bulan yang lalu

Magis Maestro M Nasir

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Akui 4 Kali Rombak Skrip, Akhirnya Mior Hashim Manap Terbitkan Sendiri Filem Imam Yang Juga Arahannya 

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Atas Faktor Kesihatan, Konsert Yang Sebelum Ini Ditunda Ke 19 Februari Terpaksa Dibatalkan 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi