web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Magis Maestro M Nasir

Berbekalkan pengalaman lebih empat dekad, magis M Nasir terletak pada kemampuannya mendendangkan lagu-lagu lama dalam nada kekal segar dan tidak klise

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 12:30PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Gendang Pati Datuk M Nasir Live In Kuala Lumpur bukan lagi pentas untuk maestro ini membuktikan apa-apa. Dizahirkan di sela minggu yang agak sukar - pertembungan atau tepatnya persaingan dengan beberapa konsert lain dan suasana dunia yang kurang mendukung, ia tetap membawa cabaran tersendiri.

Ampuh dalam elemen khas beliau dengan bersandarkan kekuatan jati diri dan pengalaman seni lebih empat dekad, magisnya M.Nasir terletak kepada kemampuannya mendendangkan lagu-lagu yang lama tetapi tetap kedengaran segar dan tidak klise.

Kepiawaian dalam berkarya pada usia 66 tahun serta kemampuan menampilkan persembahan mantap dan bertenaga sepanjang tiga jam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak diragukan lagi.

Meraikan pelbagai genre muzik dan irama nusantara, konsert yang dibawakan MND Sport & Event Sdn Bhd dan diterbitkan Roman Abadi Sdn Bhd ini dipenuhi 2,800 peminat pelbagai peringkat usia. Tiket terjual habis dalam masa tiga minggu.

Ibarat 'pesta rakyat' dengan hampir 30 lagu selama tiga jam, M Nasir membuka tirai persembahan dengan lagu Phoenix Bangkit – pilihan yang cukup tepat membakar mood penonton. Sisi 'kurang serius' M.Nasir sesekali muncul menyusul celoteh dan gurauan santai, tapi mesejnya tetap dalam menikam.

Pemilihan 26 buah lagu yang pastinya memberi erti tersendiri, pentas terus dihangatkan dengan lagu malar segar seperti Semakin Nyata, Inang Pulau Kencana, Secangkir Kopi Semanis Puan, Bila Rumi Menari dan Tanya Sama Hud Hud selain lagu medley Sentuhan Listrikmu, Mustika dan Suatu Masa.

Sesuai tema, persembahan sarat dengan bunyian Melayu Nusantara menerusi paluan gendang, gambus, serunai, rebab, perkusi, gitar, bas, drum dan 'keyboard', selain penampilan pandero, alat muzik berasal dari Brazil ketika mempersembahkan lagu Langgam Pak Dogo.

Persembahan diiringi barisan 16 pemuzik hebat yang diketuai pengarah muzik dan pemain gitar tersohor, Nan Alias.

Kemuncak persembahan tentulah ketika M.Nasir menyatakan sokongan dan solidaritinya kepada rakyat Palestin ketika mendendangkan lagu berjudul Masirah. Lagu yang ditulis lebih 20 tahun lalu menceritakan tragedi seorang kanak-kanak Palestin, Mohamad Al Durra yang mati di pangkuan ayahnya akibat ditembak tentera Israel.

Persembahan turut diiringi bacaan doa Qunut Nazilah dan puisi oleh Ameerul Affendi, mengenang kepada rakyat Palestin pada penghujung konsert.

Ratib 'Beroh bedam nafdiq ya syahid' menutup persembahan, seakan mengingatkan hadirin apa pun terjadi, semua bakal berbalik kepada Yang Satu, cinta Pemilik segala jadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 7 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...