web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akui 4 Kali Rombak Skrip, Akhirnya Mior Hashim Manap Terbitkan Sendiri Filem Imam Yang Juga Arahannya 

Menurut Mior Hashim Manap, dia mengangkat naskah novel Imam ke layar petak kerana tertarik dengan pemikiran yang dibawakan penulisnya, Allahyrham Datuk Abdullah Hussain yang juga seorang Sasterawan Negara. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 5:30PM

Antara babak menarik dalam filem Imam - Gambar AlKahfi Pictures 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Boleh dikatakan kebanyakan penerbit sekarang ini lebih berminat untuk mengadaptasi novel-novel masa kini untuk dijadikan sama ada filem atau drama.

Bagaimanapun, syarikat produksi Alkahfi mengambil pendekatan berbeza apabila mengadaptasi novel berjudul Imam yang merupakan karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Abdullah Hussain ke naskhah filem.

Pengarahnya, Mior Hashim Manap berkata, dia tertarik untuk menghasilkan filem Imam kerana ia merupakan karya novel yang cukup baik untuk diangkat ke layar perak.

Mior Hashim Manap - Gambar AlKahfi Pictures 
Mior Hashim Manap - Gambar AlKahfi Pictures 

“Sewaktu saya membaca novel ini sekitar tahun 2013, saya tertarik dengan pemikiran yang dibawa oleh Abdullah sehingga ia menjentik hati saya untuk menghasilkan filem Imam.

“Ia berlatarkan tahun 1983 dan antara intipati menarik dalam novel ini apabila menggambarkan orang Melayu ketika itu cenderung kafir-mengkafir, selain peranan masjid yang hanya digunakan untuk solat, sedangkan ia mempunyai banyak fungsinya yang lain,” ujarnya.

Imam mengisahkan tentang perjuangan seorang imam iaitu Haji Mihad yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. 

Namun, ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. 

Selain itu, Haji Mihad juga didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama.

Lakonan berkesan M Nasir sebagai Haji Mihad dalam Imam. - Gambar AlKahfi Pictures 
Lakonan berkesan M Nasir sebagai Haji Mihad dalam Imam. - Gambar AlKahfi Pictures 

Menariknya, filem Imam menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Dato M Nasir, Faizal Hussein, Vanida Imran dan Natasha Charmaine.

Mengenai pembikinan pula, Mior berkata penggambaran dilakukan sekitar Januari 2022 di beberapa buah lokasi seperti Lenggong dan Malim Nawar, Perak serta Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Berkenaan dengan proses untuk membawa Imam ke layar perak, Mior menyatakan dia tidak mengubah karya asal, meskipun agak sukar untuk mengadaptasi keseluruhan novel berkenaan setebal 705 halaman.

Faizal Hussein membawakan watak Haji Syamsuri dalam filem Imam. - Gambar AlKahfi Pictures 
Faizal Hussein membawakan watak Haji Syamsuri dalam filem Imam. - Gambar AlKahfi Pictures 

“Untuk filem ini, saya lebih banyak menumpukan kepada konflik yang berlaku antara watak Haji Mihad (M. Nasir) dan Haji Syamsuri (Faizal Hussein).

“Bagi saya, Imam adalah sebuah novel yang hebat, termasuklah Abdullah sendiri selaku pengarangnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, untuk menghasilkan sebuah filem yang diadaptasi daripada novel seorang Sasterawan Negara, beliau mengakui turut berhadapan pelbagai cabaran.

Jelasnya, untuk skrip sahaja telah melibatkan empat kali rombakan bermula tahun 2013 (draf pertama), 2016 (draf kedua dan ketiga) serta 2021 (draf keempat).

“Semasa skrip ini siap pada peringkat awal sekitar tahun 2013, saya sukar mencari penerbit yang berminat dan setelah itu saya mendiamkan diri sekitar 2016. 

“Kemudian saya perkemaskan skrip Imam, tetapi masih sukar mendapatkan penerbit yang berminat. Akhirnya tiga tahun lepas saya ambil keputusan untuk menjadi penerbit dan bersyukur kerana usaha saya ini disokong oleh FINAS,” ujarnya.

Pada masa sama, Mior berharap agar filem arahannya itu mendapat sambutan baik masyarakat, apatah lagi novel Imam itu sendiri pernah dinobatkan sebagai pemenang pertama Hadiah Novel Nasional Utusan Melayu Public Bank Utusan Publication And Distributors 1992/1994.

Filem Imam mula menemui penonton mulai 2 Mac 2023 dan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Imam turut dijayakan barisan pelakon hebat lain seperti Omar Abdullah, Sophia Ibrahim, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Sani Sudin dan Rahim Jailani. – Getaran, 6 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.