web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Kena Pakai Seragam Sekolah Waktu Konsert Nanti? Ini Jawapan Melly Goeslow

Melly mempunyai sebab dan alasan tersendiri mewujudkan kod seragam rasmi kepada pengunjung.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 12:00PM

Melly Goeslaw - Gambar ihsan Icon Entertainment

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert sulung penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw tidak hanya menjadi bualan kerana membawakan tema Ada Apa Dengan Melly? yang bakal mengimbau kenangan waktu meledaknya zaman-zaman filem Ada Apa Dengan Cinta.

Malah, konsep kembali ke sekolah yang diwujudkan Melly yang  mewajibkan peminat datang berhibur dengan berpakaian baju seragam juga menjadi perhatian kerana ramai menganggap konsep konsertnya yang bakal berlangsung pada 3 Januari di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini sebagai suatu yang sangat fresh dan menyeronokkan. 

Maka, tidak hairanlah jika tiket konsert laris manis dalam tempoh kurang daripada sehari. Walaupun begitu, Melly mempunyai sebab dan alasan tersendiri mewujudkan kod seragam rasmi kepada pengunjung.

“Bagi saya, perkara yang paling indah dalam kehidupan ini ialah memori. Manakala acara paling menarik ialah reunion sekolah. Disebabkan itu, saya ingin mengembalikan nostalgia zaman remaja.

“Bagi saya, konsep itu sangat menarik kerana karya popular saya yang melekat di hati peminat adalah menerusi lagu runut bunyi dua filem legenda iaitu Ada Apa Dengan Cinta (AADC) dan Eiffel I’m In Love.

“Apabila menyarung pakaian seragam, kita semua setara dan tiada beza,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media konsert Ada Apa Dengan Melly? baru-baru ini.

Melly Goeslaw - Gambar fail
Melly Goeslaw - Gambar fail

Menariknya konsert kali ini, Melly memberikan sedikit petanda bahawa dia membawakan sebuah persembahan istimewa yang didedikasikan khas kepada idolanya, Tan Sri P Ramlee. 

“Memang ramai penganjur cuba melamar saya sejak dulu, jadi saya telah tetapkan dua syarat sekiranya suatu hari ingin mengadakan persembahan di sini.

“Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai pemuzik genius seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Saya sering terinspirasi dengan karyanya, malah saya percaya pemuzik di sini juga genius dalam berkarya.

“Justeru, saya ingin memberi penghargaan kepada pemuzik di sini dengan menyatukan denyut muzik kedua-dua negara menerusi konsert tersebut,” katanya. 

Namun menurut Melly, dia masih mencari-cari penyanyi Malaysia yang sesuai untuk sama-sama menjayakan konsertnya nanti.

Terdahulu, tiket konsert  Ada Apa Dengan Melly? dijual bermula harga RM288 sehingga RM1588. Penganjurnya, Iman Tang bagaimanapun mengumumkan tiket sudah habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam. - Getaran, 6 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 7 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...