Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saya Bukan ‘Propa’ Pasal Jualan Tiket - Awie

Selain daripada persembahan di Dewan Filharmonik Petronas, Wings bakal menjayakan 'Showcase Wings One Night Only Live In Kuching' pada 27 Ogos ini selepas 10 tahun tidak beraksi di bumi Kenyalang.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 8:38PM

Wings - Gambar oleh Nooreeza Hashim

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dek jualan konsert tiket Wings di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) habis dijual dalam tempoh 5 minit untuk persembahan 14 Julai dan 15 minit untuk persembahan 15 Julai, kesemua anggota band rock gergasi Malaysia itu dituduh sengaja ‘propa’ atau mencanang cerita. 

Tiket untuk kedua-dua persembahan itu mula dijual pada 16 Jun (untuk persembahan 15 Julai) dan 21 Jun (untuk persembahan 14 Julai) lalu.

“Saya bukan ‘propa’. Tiket yang dijual di DFP pada satu malam hanya berjumlah 820 tiket sahaja dan bila kita umumkan konsert ini, ada yang sudah mula menempahnya dari awal.  

“Jadi, bayangkanlah beramai-ramai menempahnya secara dalam talian? Bila jualan tiket mula dibuka secara dalam talian, pastilah yang menempah dari awal ini yang akan mendapatnya dahulu. 

“Yang tidak menempah tetapi tiba-tiba masuk untuk beli tiket pula berapa banyak. Sebab itulah, ia habis dijual dalam tempoh 15 minit pada 16 Jun lalu,” kata Datuk Awie. 

Melihat kepada sambutan hangat terhadap konsert yang dinamakan Fabulous Friday, Shiraz Projects bersama Wings mencetuskan pula konsert Fabulous Thursday pada 14 Julai. 

Sepertimana Fabulous Friday, konsert tambahan yang diadakan sehari lebih awal itu juga habis dijual dalam tempoh lima minit.

“Tapi, kami pula yang dikatakan ‘propa’. Itu salah. Tapi kita nak buat macam mana. Netizen mungkin tak tahu apa-apa,” katanya dalam sidang media Showcase Wings One Night Only Live In Kuching di Hotel Royale Chulan baru-baru ini. 

Selain Awie, turut hadir pada sidang media itu adalah anggota-anggota Wings yang lain iaitu Syam dan Edris Hashim (pemain gitar), Eddie (pemain bass) dan Black (pemain dram). 

Awie juga turut memaklumkan bahawa konsert Wings pada kedua-dua hari di DFP itu nanti adalah sebuah konsert band yang sepenuhnya dan tidak diiringi orkestra. 

“Saya tahu ramai yang keliru akan hal ini. Sebab bila orang sebut DFP, pasti mereka akan fikirkan tentang orkestra. 

“Tapi, walaupun tiada iringan orkestra, kami akan cuba jadikan muzik kami ini nanti lebih penuh untuk gantikan bunyian string. 

“Sebab itulah, kami mengundang seorang pemain keyboard dan seorang pemain piano untuk mengiringi persembahan kami itu nanti,” katanya. 

Jelas Awie lagi, menjayakan konsert di DFP yang penuh berprestij itu benar-benar menakutkan mereka. 

“Tata caranya kena ikut. Pemakaiannya kena betul. Harga tiketnya pula sedemikian. Semestinya kami lebih takut. 

“Sebab itu, kami sangat fokus mengadakan latihan di studio siang dan malam. Bahkan, kami juga turut memilih seleksi lagu-lagu yang tidak pernah kami mainkan atau yang jarang kami mainkan di konsert sebelum ini. Lagu-lagu yang sedap tapi tidak dimainkan di radio,” katanya.

Bercakap pula tentang Showcase Wings One Night Only Live In Kuching yang bakal diadakan di Hotel Riverside Majestic pada 27 Ogos, Awie berkata, dia berterima kasih kepada penganjur kerana kesudian membawa Wings ke Sarawak untuk ‘memecahkan’ kembali scene rock di Sarawak. 

Percaya atau tidak, sudah 10 tahun Wings tidak beraksi di bumi Kenyalang - Gambar oleh Noreeza Hashim
Percaya atau tidak, sudah 10 tahun Wings tidak beraksi di bumi Kenyalang - Gambar oleh Noreeza Hashim

“Sebab dah terlalu lama sangat Sarawak ketandusan artis rock. Jadi, kami berharap penyokong Wings yang tegar di Kuching akan turun ke Hotel Riverside Majestic untuk meraikan penglibatan Wings yang sudah 28 tahun berada di dalam industri.

“Kami juga akan beraksi dan menampilkan lagu-lagu yang kami bawakan di DFP pada showcase ini nanti,” katanya yang mengakui sudah 10 tahun Wings tidak beraksi di bumi Kenyalang. 

Black pula menambah, dia dan anggota Wings yang lain berharap, selepas ini akan ada lebih ramai lagi penganjur yang dapat membawa Wings untuk beraksi di Sarawak. 

“Kalau di Kuala Lumpur kita boleh buat sendiri. Tapi untuk di Sabah atau di Sarawak, kita terpaksa harapkan penganjur. 

“Sebab suasana dan budayanya berbeza. Kita perlukan penganjur dari sana untuk menganjurkan persembahan atau konsert di sebelah sana. 

“Orang minta kita bagi komitmen 100 peratus. Kita akan beri lebih lagi iaitu sebanyak 120 peratus,” katanya. 

Sementara itu, penganjur Showcase Wings One Night Only Live In Kuching iaitu Datuk Zulkarnain yang mewakili BMS Event berkata, matlamat utama mereka mengadakan showcase ini adalah untuk membantu mengumpul dana untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Cawangan Sarawak. 

Datuk Zulkarnain yang mewakili BMS Event berkata, matlamat utama mereka mengadakan 'Showcase Wings One Night Only Live In Kuching' adalah untuk membantu mengumpul dana untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Cawangan Sarawak - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Datuk Zulkarnain yang mewakili BMS Event berkata, matlamat utama mereka mengadakan 'Showcase Wings One Night Only Live In Kuching' adalah untuk membantu mengumpul dana untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Cawangan Sarawak - Gambar oleh Nooreeza Hashim

“Dalam pada itu, kami juga tidak mahu lepaskan peluang berganding dengan Wings, satu nama besar dalam muzik Malaysia dan merupakan ikon rock Malaysia dan kebetulan Sarawak juga sudah lama tidak mempunyai konsert sebegini rupa. 

‘Petanda awal penjualan tiket cukup menggalakkan. Apatah lagi bila ada tarikan kuasa daripada Wings sendiri. Saya percaya, kami akan dapat menjual semua meja untuk showcase ini nanti dalam tempoh waktu yang singkat,” katanya. 

Showcase Wings One Night Only Live In Kuching yang berdurasi selama dua jam ini bakal menyaksikan Wings beraksi dengan 20 lagu. - Getaran, 28 Jun 2022


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 bulan yang lalu

Wings Jual Tiket Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

3

Muzik 10 bulan yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Rai Ulangtahun Ke-25, DFP Bakal Adakah Siri Konsert Artis & Band Tempatan Sepanjang Tahun 

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 7 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN