web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yuvan Bakal Konsert Di Kuala Lumpur Julai Ini!

Penyanyi, penulis lagu dan komposer muzik Tamil, Yuvan Shankar Raja bakal mengadakan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 hingga 17 Julai ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 1:46PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjur konsert di negara ini giat menyambung semula pelancongan muzik untuk memulihkan industri pelancongan tempatan pasca pandemik, dengan konsert antarabangsa India pertama dijadual diadakan pada Julai. 

Malik Streams Corporation Sdn Bhd akan menganjurkan konsert yang menampilkan penyanyi, penulis lagu dan komposer muzik Tamil, Yuvan Shankar Raja di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 hingga 17 Julai. 

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, berkata sambutan amat menggalakkan dengan 9,000 tiket habis dijual dalam masa kurang dua jam untuk konsert hari pertama.

“Berikutan sambutan luar biasa yang diterima kita putuskan untuk konsert itu diadakan selama dua hari.

“Pada hari kedua, konsert itu akan menampilkan konsep yang berbeza daripada yang pertama, iaitu lebih kepada suasana parti,” katanya pada sidang media sempena Yuvan 25 - Live in Concert Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yuvan turut hadir pada sidang media itu.

Tiket untuk hari kedua boleh didapati mulai 2 petang mulai 8 Jun di www.myticket.asia.

Harga tiket bermula dari RM105 sehingga RM2,500. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN