web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 10:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gatal Raya – Janna Nick

  

Sempat mencetuskan sedikit kontroversi lewat lagu asal berjudul 'Gatal', Janna Nick kembali dengan versi istimewa karya tersebut yang berjudul 'Gatal Raya'. Masih mengekalkan irama dan lirik yang sama ciptaan Aepul Roza, 'Gatal Raya' ternyata sebuah karya yang menghiburkan berkat susunan semula muziknya yang bersesuaian dengan suasana Aidilfitri.  Malah ia merupakan satu idea yang bijak untuk mengadun semula lagu asal yang memang nakal itu menjadi sebuah lagu raya, kerana iramanya sangat catchy dan mempunyai hook yang mudah diingati. Tidak hairan jika lagu ini juga bakal menjadi tular seperti lagu asalnya di media sosial Aidilfitri nanti.  

 

Raya Kita Raya – Artis-artis Rocketfuel Entertainment

   

Lagu raya ini pada saya sangat menghiburkan. Ia mempunyai kesemua unsur yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah lagu bertema aidilfitri yang baik. Mempunyai korus yang mudah dan gabungan vokal yang meriah, lagu ciptaan Amy Bong dan Haqfie dengan lirik oleh Amy Bong, Lan Todak serta Mat Semat ini mempunyai potensi untuk menjadi lagu yang akan diingati dan dimainkan berkali-kali. Diperkuatkan dengan suara penyanyi-penyanyi hebat seperti Hady Mirza, Syamel, Ara Johari, Yuka Kharisma dan ramai lagi, lagu ini wajar dimasukkan dalam senarai lagu raya pilihan anda untuk tahun ini.  

 

Seikhlas Hati – SOG X Shila Amzah

     

Masih segar dari kemenangan besar mereka di acara Anugerah Juara Lagu baru-baru ini SOG dan Shila Amzah kini muncul pula dengan lagu raya mereka sendiri. Berani menampilkan sesuatu yang agak unik, lagu ini membawa rentak pop rock ciptaan Raja Nazmin Shah dengan sentuhan lirik oleh Shila Amzah sendiri. Sejujurnya ia lebih kedengaran seperti sebuah lagu pop berbanding lagu raya kerana susunan muziknya yang agak gah dan sedikit mendominasi berbanding mesej aidilfitri yang disampaikan dalam lirik lagunya. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menarik perhatian serta minat mereka yang menyukai lagu bergenre sedemikian, khasnya lagu-lagu raya berentak rock. 

Patah – Fuad Rahman

Untuk karya dari Singapura minggu ini kami tampilkan sebuah lagu berentak balada pop rock dendangan Fuad Rahman. Lagu berjudul 'Patah' ini adalah hasil ciptaan Yazri Malik dengan lirik oleh Yazri juga bersama Kiambang Mas dan Fuad Rahman sendiri. Sungguhpun Fuad mempunyai suara yang baik namun bagi saya lagu ini akan menghadapi sedikit cabaran untuk bersaing kerana gaya iramanya yang agak mirip dengan banyak lagu Melayu pop lain yang sudah berada di pasaran. Walau bagaimanapun ia satu percubaan yang baik kerana ia memberi peluang kepada Fuad untuk melontarkan kehebatan vokalnya buat pendengaran peminat muzik genre ini. Semoga karya Fuad selepas ini akan lebih baik dan progresif, sesuai kekuatan vokalnya juga. 

 

Riang Raya 2022  – Andie Othman

Dari Brunei Darussalam minggu ini, kami tampilkan sebuah lagu raya rancak dan tidak kurang menghiburkan. Lagu dendangan Andie Othman ini berjudul 'Riang Raya 2022' dan merupakan ciptaan penuh Hans Anuar. Sungguhpun lagunya menggunakan unsur muzik yang agak moden namun ia mengasyikkan dan mempunyai hook yang mudah untuk diingati. Korusnya yang diulang berkali-kali juga akan mudah melekat di minda mereka yang suka menyanyi. Malah, susunan muziknya juga mudah serta tidak keterlaluan. Selain itu Andie nampaknya sudah tahu genre apa yang sesuai untuk suaranya dan di sini dia mengambil kesempatan ke atas kelebihan itu. Irama moden dan rancak seperti ini memang kena dengan warna vokalnya dan jelas terbukti, karya ini mampu mengukuhkan lagi namanya dalam industri muzik serantau jika diberi pendedahan yang wajar. - Getaran, 27 April 2022

 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...