web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal Kepada Pencipta Kaset Pertama Dunia

Jasa Louis Ottens kepada industri muzik dunia tak dapat disangkal lagi. Terima kasih, jurutera pencipta pita kaset.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 4:54PM

Gambar: Pexels

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum kehadiran Spotify, iTunes, Apple Music, atau apa sahaja laman penstriman muzik. Kita semua pernah berada di sebuah zaman yang muzik dan hiburan diikmati dengan cara yang istimewa iaitu melalui kaset. Hampir setiap daripada kita pernah menarik pita magnetik apabila gulungannya terurai atau tersekat.

Bukan itu sahaja, kita juga pernah curi-curi rakam lagu yang diputarkan di radio melalui pita kaset kosong. Begitu nostalgia peristiwa itu. 

Namun hari ini, individu pertama yang mencipta kaset dan secara tidak langsung memberikan kita kenangan bahagia itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Louis Ottens, seorang jurutera di syarikat elektronik dan teknologi Belanda disahkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Mengimbau kembali perjalanan bagaimana terciptanya kaset, semuanya bermula apabila beliau menyandang jawatan sebagai ketua jurutera pembangunan produk di syarikat berkenaan. Ottens bertanggungjawab untuk mencipta sebuah alat audio mesra pengguna yang boleh di bawa di dalam jaket. 

Setelah pelbagai usaha dilakukan, syarikatnya kemudian memperkenalkan audio kaset Philips pertamanya semasa pameran elektronik pada bulan Ogos 1963. Tidak lama selepas itu, sebuah syarikat elektronik dari Jepun juga menghasilkan kaset mereka sendiri dengan pelbagai saiz.

Melihat kepada inovasi itu, Ottens cepat-cepat menandatangani perjanjian bersama Sony dan Philips untuk mematenkan kaset mereka di pasaran. 

Penciptaan kaset rupanya telah membuka ruang inovasi kepada alat elektronik muzik yang lain. Sedekad selepas penghasilan kaset, mereka mula menghasilkan Walkman iaitu sebuah alat pemain kaset mudah alih. 

Tidak berhenti di situ, beliau menugaskan sebuah pasukan untuk menghasilkan cakera padat. Memandangkan teknologi itu ditiru dengan cepat oleh pesaing, beliau sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Sony dan Philips untuk menjadikan inovasinya diiktiraf di peringkat global. 

Cakera padat kemudian menjadi produk yang diterima lebih baik berbanding kaset. Penjualan kaset mengalami kemerosotan dan hampir pupus ditenggelamkan inovasi teknologi baharu seperti MP3, cakera padat dan format digital yang lain.

Namun populariti pita kaset sejak akhir-akhir ini kembali meningkat. Banyak artis ternama terkini seperti Lady Gaga dan The Killers telah mengeluarkan album mereka dalam bentuk kaset.

Menurut tulisan di BBC.com, Official Charts Company (Syarikat Carta Rasmi) di UK (United Kingdom) mengatakan penjualan kaset pada separuh awal tahun 2020 meningkat sebanyak 103 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Di Amerika Syarikat, menurut Nielsen Music, penjualan kaset meningkat sebanyak 23 peratus pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun kaset bukanlah format paling popular dalam pasaran pada masa kini, namun, kemunculan inovasinya sangat bermakna terhadap perkembangan teknologi audio.

Selamat berehat, Ottens. Terima kasih untuk jasa dan sumbangan kepada inovasi elektronik dunia. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Belanda Hormati Pendirian Malaysia, Janji Akan Hubungi Israel - PM

3

Karier 2 tahun yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemenangan Kes Sulu Kejayaan Bermakna Buat Malaysia - Zahid

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN