web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 1:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Kita Adalah Satu' - Inteam, Syamel, Ikhwan Fatanna, The Helmis, Dr. Fitri Haris, Adeep Nahar dan Aniq Muhai

'Kita Adalah Satu' merupakan sebuah karya kerohanian yang membawa pesanan besar lagi bermakna. Namun ia tidak membosankan kerana lagu ini digubah dengan baik dan mempertaruhkan irama yang rancak. Korusnya mudah diingati dan ia berjaya melaungkan perjuangan buat saudara-saudara Islam di bumi Palestine tanpa mempamerkan unsur-unsur nasyid tradisional. Malah, lagu bernuansa pop ini menggabungkan suara-suara hebat yang terdiri daripada Inteam, Syamel, Ikhwan Fatanna, The Helmis, Dr. Fitri Haris, Adeep Nahar dan Aniq Muhai. Lagu ini merupakan hasil karya komposer muda yang sedang meningkat naik iatu Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh manakala liriknya ditulis sendiri oleh Ikhwan Fatanna. Jika diberikan promosi yang hebat beserta putaran yang lebih sering, ia ada harapan menjadi lagu yang diingati ramai. Tahniah My Aqsa Defenders.

'Rinduku Ini' - Adi 6ixthsense

Lama juga tidak mendengar karya baharu daripada penyanyi asal Jawa Barat yang bermastautin di Malaysia ini. Mengubati kerinduan peminat, Adi 6ixthsense kembali dengan 'Rinduku Ini', sebuah balada cinta yang pasti akan mengingatkan para peminat serta pengikut setia industri muzik tempatan kepada lagu-lagunya bersama kumpulan 6ixthsense sebelum ini. Suara Adi yang sememangnya unik berjaya membawa lagu ciptaan Joe Slash dan lirik oleh Yoya, Puteri,Hafis Dot, Mazlan Setapa, dan Joe Slash ini menjadi sebuah karya yang kemungkinan bakal diminati oleh pendengar muzik tempatan. Ia menepati formula lagu-lagu Melayu yang popular masa kini namun sejujurnya 6ixthsense pernah memberikan karya yang lebih baik daripada projek ini (menurut pendapat saya).

'SIS' - Meerfly 

Jika sebelum ini pernah mencipta fenomena lewat lagu 'Haa Tepok', Meerfly kembali lagi dengan sebuah karya hip hop berjudul 'SIS'. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Meerfly sendiri ini memang sangat santai namun menghiburkan. Menggunakan bait lirik ‘Sampai Abang Jamil Mampus’ di hujung korus yang diulang memberikan lagu ini hook yang tersendiri. Kadang ada sedikit rentak lagu ini yang mengingatkan saya kepada muzik artis hip hop barat seperti Snoop Dogg dan Dr Dre. Jelas sekali lagu ini ada tarikan antarabangsa, apatah lagi dengan suntikan beberapa baris lirik di dalam Bahasa Inggeris yang menjadikannya lebih menarik!

 

'Honey' - Syed Azmir, Carla D

Karya Singapura kami minggu ini milik Syed Azmir dan Carla D. Mereka menampilkan sebuah lagu R&B Hip Hop Bahasa Inggeris berjudul 'Honey'. Kedengaran seperti lagu yang akan dimainkan di kelab malam untuk berdansa dan bersantai, 'Honey 'erupakan ciptaan bersama komposer dan vokalis berbakat besar Syakira Noble serta Ashidy Ridwan bersama Carla D dan Syed Azmir sendiri. Ranggi, rancak dan sangat menghiburkan, 'Honey' merupakan sebuah karya yang menepati citarasa pencinta muzik R& masa kini. Carla D sememangnya mempunyai cara rap tersendiri yang mengasyikkan dan ia diserikan lagi dengan suara merdu Syed Azmir yang memenuhi bahagian vokal lagu ini. Very refreshing!

 

'Teman' - Syiqah

Sebuah balada pop menjadi pilihan kami untuk lagu pilihan dari Brunei Darussalam minggu ini. Dicipta oleh Suzan Maidin dan Hassanol Junaidi dengan lirik oleh Suzan Maidin sendiri, lagu berjudul 'Teman' ini didendangkan dengan baik oleh penyanyinya, Syiqah. Suaranya merdu dan sedap didengar. Namun lagunya pada saya agak mirip dengan kebanyakan lagu pop Melayu nyanyian penyanyi wanita Malaysia masa kini, jadi ia mungkin agak sukar untuk menyerlah jika dibandingkan dengan karya-karya sedia ada. Walau apapun, ia satu cubaan yang baik untuk Syiqah sebagai taruhan pertama dalam industri muzik. Semoga karya-karyanya selepas ini lebih hebat dan mampu memberikan kelainan buat muzik nusantara. - Getaran, 19 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN