web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jan 2022 1:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Khayalan' - Tuju

Sebelum menutup tahun baharu 2021 lalu, penyanyi rap yang sudah mula dikenali ramai Tuju muncul dengan album terbaharunya yang berjudul Tuju Untuk Kamu 18/19.

Menampilkan banyak lagu-lagu menarik seperti 'Jiwa Pusing', 'Embun' dan macam-macam lagi, pejuang hip hop yang juga salah seorang ahli kumpulan K-Clique ini sentiasa bergerak ubah dalam seninya dan menampilkan kelainan.

Ini terlihat dalam karyanya yang berjudul ‘Khayalan’. Ia sebuah lagu hip hop yang cukup segala ramuan untuk lagu rap masa kini. Malah, suara Tuju yang unik dan sukar ditiru itu menjadikannya lebih menarik kerana irama lagu ini bersahaja dan tidak memaksa.

Dicipta oleh Tuju dan Mingaling dengan lirik oleh Tuju sendiri, 'Khayalan' ada peluang memeriahkan carta muzik tanah air jika diberi promosi sewajarnya.

 

'Bertenang'  - Najwa Latiff  

Lama sudah tidak mendengar karya terbaharu dari penyanyi comel ini dan kini, Najwa Latiff kembali dengan sebuah lagu bertajuk 'Bertenang'.

Lagu yang sangat positif ini dicipta dan ditulis oleh Ell Gee dan nampaknya kekal dengan genre muzik yang sinonim dengan imej Najwa sejak awal kemunculannya dahulu.

Irama lagunya mudah namun menghiburkan. Ia tidak terlalu rancak dan masih ada elemen pop akustik yang sering dibawanya.

Ini diserikan lagi dengan suara merdu Najwa yang kedengaran jauh lebih matang daripada vokalnya semasa muncul dengan 'Cinta Muka Buku' dahulu.

Dengan pesanan serta semangat positif yang diselitkan dalam karya ini, ia mungkin lagu comeback yang dinanti-nantikan peminat Najwa.

 

'Setia' - Rudy 

'Setia' merupakan sebuah karya seorang penyanyi baharu yang hanya bergelar Rudy. Sejujurnya pada awal pembukaan lagu, ia kedengaran sedikit membosankan kerana vokal penyanyinya tidaklah luar biasa atau mencuri perhatian.

Malah ada beberapa bahagian lagu yang mungkin boleh diperbaiki dari segi nyanyian.

Walau bagaimanapun, saya merasakan agak sayang kerana setelah hampir dua minit lagu berkumandang barulah lebih banyak permainan instrumen masuk mewarnai karya ini dan ternyata susunan muzik dengan instrumennya ada estetika yang boleh dibanggakan.

Dicipta oleh Rudy dan Zulzaidy bersama lirik nukilan Rudy sendiri, Rudy nampaknya masih belajar lagi jika ingin menyertai industri ini. Jika muziknya dipakejkan dengan kualiti suara yang lebih bagus dia mungkin ada harapan yang lebih baik.

 

'Suficiente' - Andie Othman 

Lagu 'Suficiente' dari Andie Othman menjadi karya pembuka Brunei Darussalam untuk tahun baharu 2022 ini. Dicipta oleh Hans Anuar dengan lirik oleh Hans Anuar bersama Andie Othman sendiri, lagu ini membuat anda ingin menari kerana unsur reggaeton dan Latin yang dsulamkan dalam iramanya.

Kadang mengingatkan kepada lagu-lagu penyanyi Malaysia Andi Bernadee, lagu ini merupakan karya yang mudah dinikmati dan nampaknya sesuai dengan vokal penyanyinya.

Pada saya ia tidak terlalu mencabar namun jika dipersembahkan secara langsung, penyanyinya mungkin memerlukan stamina yang baik untuk menyanyi dan berdansa pada waktu yang sama.

Cubaan yang baik oleh Andie Othman dengan harapan dia mampu menghasilkan yang lebih baik di masa hadapan. 

 

'Sederhana' - Syaz Smooth 

'Sederhana' dendangan Syaz Smooth pula membuka tirai 2022 dari Singapura untuk segmen ulasan ini. Dicipta dan ditulis oleh Zulhilmi, lagu ini mengingatkan saya kepada lagu-lagu pop balada ‘leleh’ yang sering kita dengar di Malaysia.

Ia mirip karya-karya ramai artis lelaki baharu yang mencuba nasib dalam dunia muzik di negara kita.

Malah gaya vokal Syaz Smooth juga mengingatkan saya kepada suara penyanyi kumpulan-kumpulan kugiran terdahulu seperti Tomok New Boyz, Naqiu Boboy dan seumpamanya.

Tidak mustahil jika peminat genre pop melayu akan menyukai lagu ini.

Namun secara peribadi saya rasa Syaz Smooth mampu memberikan karya yang lebih moden kerana suara uniknya boleh membawa genre lain yang lebih mencabar dan kontemporari. - Getaran, 5 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN