web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 1:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya Hindia mendarat di Kuala Lumpur, membawa muzik representasi kegelisahan anak muda terkini dan sekali lagi dipersembahkan platform komuniti indie Asia Tenggara dan penganjur festival indie Malaysia, TAPAUfest dengan kerjasama Sun Eater, sebuah syarikat muzik dan hiburan Indonesia.

Kali ini dibawah payung festival di "Here Comes the Sun Eater" (HCTS) 2023, HCTS berperanan bukan sekadar konsert; namun perayaan perpaduan budaya muzik Indonesia dan Malaysia dengan turut membariskan kumpulan .Feast (Indonesia), Midnight Fusic (Malaysia) dan Mantra Vutura (Indonesia).

Dalam lambakan persembahan dan konsert silih berganti, HCTS Ahad lepas menawarkan alternatif hiburan yang lebih segar, tidak terlalu mainstream dan cerdas.

Denyutan irama dan melodi segar muzik alternatif bukan sahaja memberi kepuasan dari sudut audio, malah turut menyajikan pertunjukan visual yang memukau.

Pemilihan genre yang eklektik, persembahan dibuka bergaya dengan kumpulan Midnight Fusic, mewakili Malaysia sebelum diambil alih .Feast yang tampil garang dengan mesej dan kritikal sosial yang menjadi trademark band Jakarta ini.

Paling unik malam itu semestinya Mantra Vutura benar-benar luar jangkaan, membalut gaya musik elektronik dengan lirik kontemplasi spiritual.

Paling dinantikan malam itu pastilah Hindia, yang muncul untuk set kedua selepas persembahan dengan .Feast. Sebetulnya ini bukanlah pertama kali Hindia beraksi di Malaysia namun kemunculannya di pentas urban paling ditunggu peminat setianya.

Bagi Pengarah Kreatif TAPAUasia, Ahmad Faris, HCTS bukan sekadar bertujuan mempamerkan bakat muzikal yang luar biasa, tetapi ia memupuk kerjasama dan mendedahkan potensi pasaran ‘crossover’ yang dinamik dari kedua-dua negara.

“Reaksi penonton di HCTS 2023 mencerminkan kejayaan usaha kerjasama ini dalam mempromosikan pertukaran budaya melalui muzik serta membuktikan bahawa muzik benar-benar tidak mengenal batasan," jelas Ahmad Faris lagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

3

Muzik 1 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

4

Muzik 1 minggu yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad