web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zynakal Mahu Fokus Kerjaya Seni, Kahwin Usia 30 Tahun 

Zynakal mengakui kembara seninya masih jauh malah banyak perkara mahu dicapai termasuk menghasilkan album penuh. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 2:35PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun ramai rakan seperjuangannya dalam industri muzik tanah air sudah mendirikan rumah tangga, Zynakal, 24, belum terbuka hati untuk mengikut jejak mereka. 

“Saya masih solo tetapi hati ini sudah dimiliki. Walaupun sedang berkawan dengan seseorang, belum ada perancangan untuk berkahwin. 

“Saya masih belum sampai tahap Haqiem Rusli lagi. Perjalanan saya dalam industri muzik masih jauh lagi. 

“Banyak lagi benda yang saya mahu capai dalam karier, jadi saya mahu fokus dengan kerja-kerja muzik dan bisnes. Kalau saya mahu mendirikan rumah tangga sekalipun, mungkin pada usia 30 tahun,” katanya. 

Zynakal (tengah) bersama barisan pemenang Anugerah MACP 2021
Zynakal (tengah) bersama barisan pemenang Anugerah MACP 2021

Pemilik nama sebenar Muhammad Raziq Rosli ini juga merancang untuk menghasilkan dan mengeluarkan album penuh tahun ini. 

“Perancangan ini antara impian saya untuk 2022. Ini kerana saya masih belum ada album lagi. 

“Kalau kita lihat, zaman sekarang ramai sangat yang jadi one hit wonder. Mungkin, saya juga tersenarai dalam kategori ini. Sebab itulah saya mahu keluar dengan album penuh. Saya juga rasa orang tak puas dan tidak cukup kenal saya dengan lagu single. 

“Menerusi album ini, saya mahu tonjolkan kepelbagaian karya muzik ciptaan saya," kata penyanyi dan komposer ini. 

Penerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi dalam penganjuran Anugerah MACP 2021 baru-baru ini turut memaklumkan album debutnya itu nanti akan memuatkan 10 lagu baharu selain ‘Sakit’. 

“Album ini turut memuatkan beberapa kolaborasi dengan penyanyi lain. Saya belum boleh mengesahkan dengan siapa saya bakal berkolaborasi tetapi salah seorangnya bapa saudara saya iaitu Zamani. 

 “Memandangkan dia dikenali dengan lagu balada, jadi saya akan ikut stail dia.  

“Cuma untuk nyanyian, saya akan bawa gaya saya dan dia pula kekal dengan gayanya. Saya mahu senangkan dia,” katanya lagi. 

Jelas Zynakal lagi, dia sudah pun memulakan proses pembikinan album debut itu. 

“Prosesnya sudah pun berjalan sebanyak 70 peratus. Namun, banyak benda yang perlu digilap atau dinaik taraf lagi, jadi ada di antaranya saya kena buat balik. 

“Semua ini saya lakukan kerana mahu memberikan yang terbaik untuk album itu nanti dan saya akan  cuba hasilkan karya yang memberikan impak seperti ‘Sakit’. 

“Saya tak janji tetapi saya akan cuba kerana lagu masterpiece seperti ‘Sakit’ memang sukar untuk dibuat semula. Mungkin saya akan cuba buat lagu yang lebih bagus lagi,” katanya. 

Menyentuh lagu untuk penyanyi lain pula, Zynakal berkata dia harus menyusun semula jadual kerjanya jika ada yang mahukan karya daripadanya. - Getaran, 3 Januari 2022

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN