web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Layla Sania Dan Bunga Tampil Dengan Lagu Bahasa Mandarin, 'Bambino'

'Bambino' menampilkan dua sahabat baik iaitu Layla Sania dan Bunga mendendangkan lagu dalam Bahasa Mandarin.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 1:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi baru yang pernah menghiasi papan iklan digital di Times Square New York, Layla Sania kini tampil dengan lagu terbaharu dalam Bahasa Mandarin berjudul 'Bambino', sebuah duet bersama Bunga.  

'Bambino' ditulis oleh pemuzik Malaysia terkenal Chen Hai Wei dan Sun Pei Jia untuk Layla. Chen Hai Wei mempunyai pengalaman bekerja bersama Andy Lau, Huang Xiao Hu, Richie Ren. 

Irama dan lirik yang dinamik dan signifikan ini telah berjaya memberikan cabaran baharu kepada Layla.

'Bambino' berkonsepkan pemikiran anak muda daripada pelbagai aspek termasuklah kehidupan dan pekerjaan. 

Ia menceritakan tentang proses kehidupan dalam pelbagai sudut selain hal-hal hitam putih kehidupan. Ini termasuklah bagaimana menjaga hubungan yang baik di tempat kerja.

Menurut Layla atau nama sebenarnya Layla Sania Khairuzikri, 19, dia terus jatuh cinta dengan lagu ini sebaik sahaja mendengar demonya.

"Saya terus suka lagu ini ketika mendengar demonya. Gaya lagu ini sangat segar dan ia adalah sesuatu yang saya tak pernah cuba. Saya juga sangat teruja bila dapat tahu teman duet lagu ni ialah kawan baik saya Bunga!

"Lagipun ini single Mandarin pertama bagi Bunga, menjadikan lagu ni lebih istimewa bagi kami berdua," ujarnya.

Bagi Bunga pula, dia teruja kerana ini adalah single pertamanya dalam Bahasa Mandarin dan gembira dapat menyahut cabaran ini.

'Bambino' boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes bermula 17 Disember 2021 manakala video muzik rasmi 'Bambino' boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia Chinese bermula 17 Disember 2021 jam 9 malam. - Getaran, 17 Disember 2021

Gambar : Warner Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Bunga Terbaik Untuk Dijadikan Pewangi

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Dinobatkan Pelakon Wanita Harapan FFM32, Layla Sania Mengakui ‘Bersalah’ Apabila Jadi Pemenang 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Kugiran Masdo, The Changcuters Berkongsi Pentas Di Konsert Disember Ini!

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Kejujuran Penting Dalam Hubungan, Jaclyn Victor Luahkan Perasaan 'Perempuan' Dalam Lagu 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN