web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejujuran Penting Dalam Hubungan, Jaclyn Victor Luahkan Perasaan 'Perempuan' Dalam Lagu 

Jac berharap lagu terbaharunya ini akan digemari dan mendapat tempat di hati peminat.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 12:11PM

Jaclyn Victor - Gambar ihsan Media Kit Perempuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kesetiaan dan kejujuran semestinya menjadi tunjang dalam sesebuah perhubungan untuk terus kekal bersama. 

Perasaan itu harus hadir dari kedua-dua belah pihak dan berusaha bersama-sama untuk kekal bahagia. 

Itulah intipati yang ingin disampaikan Jaclyn Victor dalam single terbaharunya yang berjudul 'Perempuan'.

Jaclyn Victor bukanlah nama asing dalam industri muzik tanah air malahan beliau telah mencipta kejayaan di beberapa anugerah muzik berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik. 

Jaclyn Victor - Gambar fail
Jaclyn Victor - Gambar fail

Lontaran vokal beliau yang padu sentiasa menjadi tarikan. Kebolehan beliau untuk menyanyikan apa sahaja genre lagu menjadikan beliau lebih unik. 

Lagu 'Perempuan' adalah hasil ciptaan komposer Johan John dan lirik oleh Khaleel.  Lagu ini menyelami perasaan dan harapan seorang perempuan terhadap pasangannya. 

Selain rasa cinta yang mendalam, kejujuran juga sangat penting yang diharapkan oleh seorang perempuan terhadap pasangannya. 

Menurut juara sulung Malaysian Idol ini, tiada apa yang diharapkan seseorang dari pasangannya selain kejujuran dalam perhubungan. 

“Walaupun pelbagai ranjau dan rintangan yang perlu dihadapi, selagi pasangan itu jujur pasti sesebuah perhubungan itu dapat bertahan sehingga ke akhir hayat. 

“Jadi, saya berharap buah tangan terbaharu saya ini akan digemari dan mendapat tempat di hati para peminat,” katanya. 

Lagu 'Perempuan' ini boleh didengari di semua pelantar digital bermula 29 Julai 2022  dan muzik video boleh ditonton di saluran YouTube Alternate Records & Talents. - Getaran, 4 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pelamin Anganku Musnah', Pengantin Perempuan ‘Lesap’ Dengan Wang Hantaran

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Ziarah Aidilfitri Berakhir Tragedi, Cucu Maut Di Kolam Renang Rumah Datuk

3

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Lelaki Ditahan Cabul Kanak-Kanak Di Tandas Surau

4

TARA 3 tahun yang lalu

Mawar Rashid Selamat Bersalin Anak Ketiga

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN