web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ziarah Aidilfitri Berakhir Tragedi, Cucu Maut Di Kolam Renang Rumah Datuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 6:18PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ziarah Aidilfitri sepasang suami isteri ke rumah seorang ahli keluarga berakhir tragedi apabila anak perempuan mereka yang berusia setahun sembilan bulan maut akibat lemas di dalam kolam renang rumah datuknya di Tambun semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku pada 8.45 malam selepas bapa kanak-kanak tersebut menjumpai mangsa dalam keadaan terlentang dan terapung dalam kolam renang itu.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit bersama kedua-dua ibu bapanya masing-masing berusia 31 dan 33 tahun kerana menziarahi ahli keluarga mereka di sebuah rumah lot yang dimiliki oleh datuk mangsa.

“Bapa mangsa kemudiannya menghantar mangsa ke sebuah hospital swasta namun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa ialah akibat lemas.

Sehubungan itu, ibu bapa mangsa disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

“Justeru, pihak polis ingin memberi nasihat dan peringatan kepada orang awam khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan bagi mengelakkan berlakunya sebarang tragedi yang tidak diingini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

3

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

4

Semasa 3 hari yang lalu

Pelajar Perempuan Direman 4 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Rakan Sekolah 

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

oleh Amirah Abu Bakar