web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Layla Sania Artis Malaysia Kedua Tampil di Papan Iklan Digital New York Times Square

Selepas Yuna, artis baharu kelahiran Malaysia, Layla Sania menjadi selebriti Malaysia kedua untuk tampil di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 10:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah wajah penyanyi antarabangsa, Yuna dipaparkan di papan iklan digital terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat pada Mei lalu, kini giliran artis di bawah naungan Warner Music Malaysia, Layla Sania pula untuk mengikuti jejak langkah tersebut.

Layla menjadi selebriti Malaysia kedua yang dipaparkan di papan iklan digital di New York Times Square yang dipamerkan pada 20 Julai 2021 (waktu New York, Amerika Syarikat).

Kemunculan Layla Sania di papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen EQUAL oleh Spotify. EQUAL merupakan program global yang dibawakan khas oleh Spotify dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan artis wanita di seluruh dunia. Terdapat 35 senarai main tempatan EQUAL yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara, dan Layla Sania merupakan wakil daripada senarai main EQUAL Malaysia & Singapura. Selain itu, terdapat juga Senarai Main EQUAL Global “terbaik” yang mengandungi muzik dari artis EQUAL dari seluruh dunia.

Tika dihubungi secara eksklusif oleh pihak Getaran, Layla Sania tidak dapat mengawal rasa terujanya sehingga menangis di depan ahli keluarganya sendiri.

"Layla berasa sangat gembira sewaktu mendapat khabar berita ini dan dikirimkan foto serta video papan iklan tersebut dari bandar New York. Sampai tak dapat nak bergerak dan menangis depan keluarga Layla, termasuk datuk dan nenek Layla sendiri. Layla betul-betul tak tahu nak fikir apa.

"Malah Layla sama sekali tidak pernah membayangkan muka Layla bakal terpampang sebegitu besar di New York Times Square. Sebelum ini Layla pernah nampak Yuna di situ tapi siapalah Layla Sania? Saya betul-betul tak pernah mimpikan sesuatu seperti ini," jelasnya penuh gembira.

Dengan pencapaian ini, dirinya juga berharap supaya dapat menggunakan pendedahan yang diberikan ini dalam kerja-kerja amal dan kebajikan di masa hadapan.

"Layla pun memang berminat dengan kerja amal dan kebajikan. Jadi jika lebih ramai mengenali Layla melalui peluang ini, Layla harap dapat melakukan lebih banyak perkara yang boleh membantu semua orang di masa depan," tambahnya lagi.

Pencapaian ini juga menjadikannya wanita Malaysia berhijab kedua yang tampil di latarbelakang neon gergasi New York Times Square.

"Layla harap, Layla dapat menginspirasi orang lain untuk berusaha mengejar kejayaan. Ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil. Semuanya mampu dikecapi jika kita mulakan dengan impian dan usaha.

Ini juga membuktikan wanita Muslim mampu melakukan apa sahaja. Tiada apa yang perlu ditakutkan dan semua wanita sama tanpa mengira bangsa atau agama," ujarnya menutup bicara.

Layla Sania pernah mengeluarkan dua single berbahasa Melayu bertajuk Que Sera Sera dan Lakaran sebelum mengeluarkan lagu berbahasa Cina berjudul 'By Your Side'.

Layla Sania juga mula mencuri perhatian peminat muzik Malaysia selepas menyanyikan lagu dendangan asal Tiger Huang dalam rancangan realiti I Can See Your Voice pada Januari 2020. - Getaran, 20 Julai 2021.

Semua gambar dari tangkapan layar Instagram Layla Sania

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

Polong bukan sahaja berjaya menarik peminat filem seram ke pawagam, malah turut mencetuskan gelombang perbualan di media sosial.

oleh Rahayu MN