web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 8:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Your Loss' - Yana

Biarpun baru menyelinap masuk industri muzik tempatan  sejak beberapa tahun ini, Shalma Eliana sentiasa mencuri perhatian dengan imejnya yang menarik serta gaya muziknya yang luar biasa. Mempertaruhkan  bunyi  yang  lebih  segar  untuk  dunia  muzik  tempatan  dan  serantau,  dia kembali dengan sebuah lagi karya berjudul 'Your Loss'. Lagu yang dicipta oleh Shalma Eliana sendiri bersama Wan Imar Izzat ini menampilkan lirik nukilan Shalma Eliana juga dan memberi peluang untuk dirinya menjenamakan semula nama pentasnya menjadi Yana. Berbeza  dengan  karya-karyanya sebelum ini yang lebih menjurus kepada irama rancak dan tarian, Your Loss adalah sebuah balada pop yang sarat dengan mainan emosi. Dalam karya ini, Yana dapat menunjukkan warna vokalnya yang hebat dan menampilkan nuansa antarabangsa yang ada dalam iramanya. Percubaan yang baik untuk seorang anak tempatan, mungkin Yana boleh menghasilkan versi Melayu lagu ini di masa hadapan.

 

'Bila Kau Tiada' - Syamel 

Syamel telah banyak menulis dan mencipta lagu sendiri namun balada pop ciptaan sepenuhnya ini adalah yang paling meninggalkan kesan buat saya. Ada sesuatu tentang korusnya yang sedap didengar selain sulaman lirik hiba yang diolah dengan bijak. Semestinya vokal unik Syamel yang serak-serak basah ini menjadikan lagu ini lebih menarik (apatah lagi jika anda peminat gaya nyanyian Syamel seperti saya). Berpeluang menjadi balada pop yang terkenal, saya yakin 'Bila Kau Tiada' akan menjadi kesukaan pengagum muzik pop Melayu.

'Kaulah Cinta' - Zayne   

Satu lagi interpretasi yang baik dan lebih moden untuk sebuah lagu berbentuk dakwah dan kerohanian. Kumpulan Zayne yang menampilkan empat orang anak muda dengan paras rupa menarik ini muncul dengan karya ciptaan Shaqiel Naufal, Firdaus Rahmat, serta Mas Dewangga. Mempertaruhkan susunan muzik pop yang segar dan kontemporari selain warna-warna vokal yang layak diberi pujian, 'Kaulah Cinta' ada harapan mempopularkan lagi kumpulan ini jika diberi pendedahan sewajarnya. Oleh kerana jumlah lagu kerohanian Islam moden belum begitu banyak di pasaran serantau, lagu ini mungkin akan membuka lebih banyak peluang buat kuartet ini dalam masa terdekat. Satu pelaburan bijak oleh pihak pengurusan InTeam.  Semoga berjaya. 

 

'Diam (Falling For You)' - Teeq RZ feat Adlixihsan  

Sebuah duet balada moden menjadi pilihan saya dari Singapura kali ini. Lagu berjudul 'Diam (Falling For You)' ini ada tarikan tersendiri. Dinyanyikan oleh Teez Rz dan Adli Ihsan, ia sebuah lagu yang mudah dan tidak terlalu sarat dengan sulaman instrumen yang berlebihan. Mempunyai susunan muzik semasa atau kontemporari, 'Diam' juga mampu menjadi lagu yang popular jika dipromosikan dengan baik. Dicipta sepenuhnya oleh Yazri Malik, karya ini satu pembukaan yang baik buat Teez dan Adli kerana memberi peluang kedua-dua bintang baru ini menyerlahkan kemampuan vokal mereka yang ternyata tidak mengecewakan. 

 

'Terima Kasih Ibunda' - Milin

Karya Brunei Darussalam bidikan saya minggu ini menampilkan sebuah lagu berjudul 'Terima Kasih Ibunda' dendangan jejaka bernama Milin. Lebih menarik lagunya berentak pop tradisional dengan gaya nyanyian berlenggok asli hasil suara merdu penyanyinya. Mengingatkan saya kepada lagu-lagu lama zaman filem hitam putih dengan nuansa keroncong dan seumpamanya, ia merupakan sesuatu yang berbeza daripada apa yang biasanya dihasilkan oleh gandingan pencipta dan penulis lirik tersohor Brunei iaitu Sang Hikayat dan Ezueone. Menenangkan dan sedap didengar kala ingin bersendirian dan mengenangkan bonda tercinta, 'Terima Kasih Ibunda' wajar diberi peluang untuk didengari oleh peminat muzik nusantara. - Getaran, 7 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN