Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 12:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Remuk' - Masya Masyitah

Masya Masyitah sememangnya tidak mengenal erti penat. Sejak bakatnya dicungkil dari kecil lewat aneka rancangan realiti dan pertandingan nyanyian, dia terus cuba menampilkan pelbagai lagu untuk mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik tempatan. Pernah muncul dengan sebuah lagu berbahasa Mandarin yang berjudul ‘Jiu Meng Xin Su’, Masya kini merakamkan semula lagu tersebut dalam Bahasa Malaysia dengan tajuk ‘Remuk’. Sejujurnya versi Bahasa Malaysia ini lebih sesuai dengan alunan muzik yang boleh dikatakan agak sinonim dengan genre muzik tempatan. Digubah oleh Kai Kai, liriknya  dihasilkan oleh penulis lirik senior dan tersohor Siso. Kisah cinta sedih yang ditulis Siso disampaikan dengan begitu baik melalui vokal merdu Masya. Diterbitkan oleh Sharon Paul, yang juga bekas pemenang tempat ketiga di AJL, karya ini ada potensi untuk membekas dalam kalangan pencinta lagu pop Melayu.

'Waras' - Firdaus Rahmat

Karya ini mengingatkan saya kepada beberapa lagu-lagu Indonesia yang pernah menjadi runut bunyi asli filem-filem keluaran negara tersebut. Ia jelas tidak sama dengan balada Melayu biasa dan ada tarikannya tersendiri. Dicipta sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat sendiri bersama Dari dan Iqie Hugh, lagu ini tidak berat dan sangat santai. Sememangnya enak jika didengar apatah lagi kalau berada di kawasan yang tenang, ia diindahkan lagi oleh vokal menawan penyanyinya.  Alunan gitar yang menjadi sauh utama lagu ini benar-benar melengkapi melodinya dan seolah-olah menjadi panduan untuk instrumen lain yang digunakan dalam penghasilan projek ini. Tidak hairan jika lagu ini benar-benar menjadi sebuah runut bunyi untuk mana-mana siri drama tempatan seperti karya Firdaus sebelum ini. Semoga rezeki Firdaus Rahmat di bidang muzik lebih diberi perhatian oleh industri muzik setempat. 

'Ghosting' - Ben Utomo featuring Benny Fasak and Si Pattra 

Sebuah karya Indonesia memasuki senarai ulasan kami minggu ini gara-gara lagu Ben Utomo yang ditulis sendiri bersama rakan-rakannya Benny Fasak dan Si Pattra. Dengan tajuk ‘Ghosting’, lagu berentak Hip Hop R & B ini menceritakan kisah yang sering diperkatakan dalam kalangan pemuda Indonesia yang kerap menghilang selepas menjalinkan hubungan rapat dengan seseorang yang biasanya sudah dianggap teman istimewa dan bukan kawan biasa. ‘Ghosting’ yang bererti ‘menghilang’ merupakan satu ‘trend’ aneh yang menjadi ikutan ramai orang yang tidak mahu melanjutkan hubungan dan menghilang tanpa khabar selepas mula rapat. Ini digambarkan dengan begitu baik sekali lewat bait-bait lirik nakal Ben dan juga nyanyian kawan-kawannya. Biarpun menggunakan Bahasa Indonesia ‘gaul’ dan mungkin ada kata-kata yang kurang familiar buat pendengar Bahasa Malaysia, saya yakin lagu rap dengan selingan R&B ini ada peluang mengumpul peminatnya tersendiri.

'Takluk' - Mu’iz Bakar 

Saya yakin 100% semua yang mendengar lagu ini akan teringat pada Andmesh Kamaleng dari Indonesia yang terkenal dengan lagu Cinta Luar Biasa. Ini kerana suara serta gaya nyanyian penyanyi yang berasal dari Brunei Darussalam ini agak mirip dengan cara nyanyian Andmesh. Dicipta oleh komposer tersohor Brunei, Ezueone dengan lirik oleh Sang Hikayat, Takluk merupakan sebuah karya yang berkualiti dan sangat sedap didengar. Bukan sahaja suara Mu’iz Bakar yang merdu tetapi juga susunan muzik lagu ini benar-benar mampu menggamit perasaan sang pendengar. Saya yakin jika lagu ini diputarkan di Malaysia pasti ramai yang akan menyukainya. Syabas Mu’iz.

'Matahari' - Haikal Ali dan Adriana

Cinta dengaran pertama. Sebaik sahaja melodi pembuka lagu ini dimainkan saya sudah jatuh cinta pada melodi dan suara para vokalisnya. Merdu dan menenangkan. Sebuah lagu cinta yang ‘manis’ dan ada kelainan, karya ini sangat menyegarkan dan kehadirannya dari jiran terdekat kita di Singapura menjadikannya lebih menarik lagi. Dicipta oleh Jaybon dan Bani Hidir dengan lirik oleh Faisal, 'Matahari' memberi peluang kepada Haikal Ali dan Adriana bermain dengan nada suara mereka yang memang serasi. Suara bass dan sedikit garau Haikal seperti melengkapi vokal merdu Adriana yang bersahaja. Biarpun ada persamaan dengan lagu-lagu kumpulan dari Indonesia seperti Ran, Hi-Vi, dan seumpamanya ia tetap wajar diberi pengiktirafan kerana kualitinya yang bagus. Berkat susunan muzik yang santai dan tidak berlebihan serta sedikit suntikan R&B di balik irama lagu, saya harap 'Matahari' ini akan dapat sampai ke telinga kawan-kawan serantau di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Tahniah buat mereka di seberang tambak.- Getaran, 6 Oktober 2021


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Porsche Remuk Langgar Tiang Lampu

3

Muzik 7 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

India Lancar Misi Bercita-Cita Tinggi Untuk Kaji Matahari

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 11 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 22 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran