web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


India Lancar Misi Bercita-Cita Tinggi Untuk Kaji Matahari

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 6:45PM

Aditya-L1 seberat 1,480.7 kilogram akan berada kira-kira 1.5 juta kilometer dari bumi, menghala ke arah matahari, iaitu kira-kira satu peratus daripada jarak bumi-matahari, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO). gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Agensi angkasa lepas India pada Sabtu melancarkan kapal angkasa Aditya-L1 untuk mengkaji matahari.

Aditya-L1 seberat 1,480.7 kilogram akan berada kira-kira 1.5 juta kilometer dari bumi, menghala ke arah matahari, iaitu kira-kira satu peratus daripada jarak bumi-matahari, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Ia berlepas menggunakan roket dari pusat pelancaran di pulau Sriharikota di luar pantai tenggara negara itu.

"Matahari ialah sfera gas gergasi dan Aditya-L1 akan mengkaji atmosfera luar matahari," menurut agensi angkasa lepas, sambil menjelaskan bahawa kapal angkasa itu tidak akan mendarat di matahari mahupun mendekatinya dengan lebih dekat.

Perkataan Aditya bermaksud matahari dalam bahasa Hindi.

Misi solar pertama ISRO dilancarkan beberapa hari selepas India menjadi negara keempat yang berjaya mendaratkan kapal angkasa lepasnya di permukaan bulan selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China.

Agensi angkasa lepas menjelaskan bahawa ia akan mengkaji aktiviti suria dan kesan matahari terhadap cuaca angkasa.

Selepas mengembara selama 125 hari, kapal angkasa itu, yang membawa tujuh muatan, dijangka berada dalam orbit halo di sekitar 'titik Lagrangian L1'.

Titik itu dianggap paling hampir dengan matahari dan kapal angkasa dijangka berlegar lebih lama bagi mengimbangi daya graviti dan penggunaan bahan api. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Siap Sedia Hadapi Musim Panas, Hindar Diri Daripada Terkena Strok Haba

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM