Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siap Sedia Hadapi Musim Panas, Hindar Diri Daripada Terkena Strok Haba

Mereka yang terkena strok haba memerlukan rawatan kecemasan dengan segera kerana jika tidak dirawat dengan cepat ia boleh merosakkan otak, jantung, buah pinggang dan otot.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 12:05PM

Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal suhu badan secara normal - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim tengkujuh kian menghampiri ke penghujungnya dan kini Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi musim panas dan kering seperti yang dialami pada saban tahun. 

Biarpun Jabatan Meteorologi Malaysia pada Januari lalu melaporkan bahawa kebarangkalian berlaku El Nino adalah sekitar 49 peratus sahaja, namun agensi yang terlibat sudah mula mengaktifkan pelan hadapi cuaca panas dan kering.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda sudah bersedia menghadapi cuaca yang mampu mengundang pelbagai masalah kesihatan ini? Salah satu risiko kesihatan yang boleh berlaku ialah strok haba jika anda terdedah terlalu lama di kawasan panas.

Memang seronok beraktiviti di luar pada hari yang cerah tapi awas jika terlalu panas, boleh terkena strok haba - Gambar hiasan Pixabay
Memang seronok beraktiviti di luar pada hari yang cerah tapi awas jika terlalu panas, boleh terkena strok haba - Gambar hiasan Pixabay

Dek itulah apabila cuaca menghampiri atau mencecah 40˚ Celsius, anda dinasihatkan supaya berada di dalam tempat tertutup. Mereka yang terkena strok haba memerlukan rawatan kecemasan dengan segera kerana jika tidak dirawat dengan cepat ia boleh merosakkan otak, jantung, buah pinggang dan otot, bahkan meningkatkan risiko komplikasi atau kematian.

Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu badan secara mendadak sehingga 41˚ Celcius dalam masa 10 minit hingga ke 12 minit.

Tanda-tanda lain anda diserang strok haba ialah kulit kering dan kemerah-merahan, pening dan muntah, tekanan darah rendah, lidah menjadi bengkak, pernafasan pantas dan cetek serta pening dan sakit kepala.

Minum air secukupnya untuk mengurangkan risiko strok haba - Gambar hiasan Unsplash
Minum air secukupnya untuk mengurangkan risiko strok haba - Gambar hiasan Unsplash

Untuk menjauhkan diri daripada risiko strok haba ini, berikut adalah antara langkah-langkah pencegahan yang boleh ambil.

1) Kurangkan masa berada di luar rumah. Jika tiada pilihan sentiasa periksa suhu badan anda.

2) Kenakan pakaian longgar dan mampu melindungi kulit daripada selaran matahari. Selain itu, pilihlah fabrik yang menyerap peluh supaya tubuh badan cepat sejuk.

3) Gunakan aksesori yang boleh menghindari tubuh daripada selaran cahaya matahari seperti memakai topi dan mengenakan kaca mata hitam.

4) Pakai krim pelindung cahaya matahari yang SPF sekurang-kurangnya 50 untuk perlindungan efektif. Sapukan krim ini untuk setiap empat jam atau lebih kerap jika anda beraktiviti luar.

5) Minum banyak air supaya anda kekal terhidrat dan menstabilkan suhu tubuh yang normal.

6) Jangan meninggalkan sesiapa di dalam kereta walaupun di tempat parkir bertutup. Terdapat beberapa kes sebelum ini di mana kanak-kanak menemui maut setelah ditinggalkan lama di dalam kenderaan gara-gara kelalaian ibu bapa.

Pakai krim pelindung cahaya matahari yang SPF sekurang-kurangnya 50 untuk perlindungan efektif - Gambar hiasan Unsplash
Pakai krim pelindung cahaya matahari yang SPF sekurang-kurangnya 50 untuk perlindungan efektif - Gambar hiasan Unsplash

 

Nikmati udara dalaman yang lebih selamat dan bersih dengan Coway

Selain langkah-langkah di atas, anda juga boleh menggunakan peralatan pintar di rumah untuk menyejukkan udara seperti memasang penyaman udara. 

Coway baru-baru ini melancarkan penyaman udara pertamanya bagi membolehkan rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi cuaca paling panas dalam tempoh beberapa bulan akan datang. 

Penyaman udara inverter pertama Coway ini merupakan sebuah produk penyaman udara yang dapat mengubah kediaman anda untuk menjadi lebih nyaman dengan efisien, dan mewujudkan ruang yang lebih selesa untuk seisi keluarga. 

Amat dikenali dengan kepakarannya dalam menyediakan ruang kehidupan yang bersih dan tulen, Coway berazam untuk menjadikan hidup lebih indah dengan mengembangkan lagi rangkaian produknya bagi memastikan rakyat Malaysia bukan sahaja dapat mengalami keselesaan penyaman udara tersebut, tetapi juga kualiti udara yang lebih bersih yang bertindak sebagai perlindungan tulen ke arah setiap sudut kediaman.

Penyaman Udara Coway dilengkapi dengan sistem penapisan 5 langkah termasuk lapisan ion perak dan penapis HEPA untuk proses penulenan yang menyeluruh - Gambar Coway Malaysia
Penyaman Udara Coway dilengkapi dengan sistem penapisan 5 langkah termasuk lapisan ion perak dan penapis HEPA untuk proses penulenan yang menyeluruh - Gambar Coway Malaysia

“Di Coway, kami sentiasa berusaha untuk mencari cara yang baharu dan inovatif untuk menambah baik teknologi kami demi manfaat kediaman rakyat Malaysia. Sistem penyaman udara merupakan bahagian penting dalam rumah seseorang, dan dengan penyaman udara Coway, kami ingin memastikan bahawa pengguna akan mendapat pengalaman yang menyenangkan, di mana mereka boleh menikmati udara yang nyaman dan bersih tatkala ingin menenangkan fikiran dan berehat di dalam rumah,” ujar Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi. 

Penyaman Udara Coway dilengkapi dengan sistem penapisan 5 langkah termasuk lapisan ion perak dan penapis HEPA untuk proses penulenan yang menyeluruh. Berbeza dengan mana-mana produk yang lain, ia turut didatangkan dengan ciri pembersihan kendiri menggunakan pensterilan haba yang menghapuskan bakteria dan mikroorganisma. 

Selain itu, fungsi bayu lembut menghasilkan aliran udara serta angin yang semula jadi dan selesa di dalam rumah anda. Sebagai tambahan, angin yang lembut dapat dialirkan empat hala secara automatik mengikut arah yang dikehendaki. 

Sementara itu, alat kawalan jauh penyaman udara itu membolehkan pengguna mengawal sehingga sembilan mod yang berbeza; daripada mod membuai, hinggalah kepada mod eko, turbo dan banyak lagi. Semuanya terletak di tangan anda untuk menentukan aliran udara yang sesuai dengan persekitaran kediaman. - Getaran, 18 Februari 2023

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tiada Kes Kekejangan, Strok Haba Dilaporkan Di Sabah Setakat Ini

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu