web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 2:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Negaraku Malaysia' - The Alif

Minggu depan kita akan menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 dan jelas ternyata, para pemuzik Malaysia bangga akan kedaulatan negara mereka. Sebagai bukti, kumpulan The Alif tampil dengan sebuah lagu berbentuk kenegaraan berjudul 'Negaraku Malaysia'. Dicipta sepenuhnya oleh Alif Hassan, lagu ini lari dari genre muzik biasa yang sering dikaitkan dengan lagu patriotik atau lagu yang menjulang nama negara. Berpaksikan muzik punk rock yang berentak catchy, karya ini kedengaran seperti sebuah lagu yang dimainkan di sebuah gig anak muda. Sekali dengar alunan melodinya ada persamaan dengan Bunkface, OAG dan seumpamanya. Percubaan yang boleh dipuji dan bukti lagu patriotik tidak semestinya bosan seperti lagu-lagu perbarisan.  

'Kita Teguh Bersama' - Abigail, Lil J, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Masya Masyitah

Ini juga satu lagi bukti bahawa lagu kenegaraan boleh diberi nafas yang lebih segar dan kontemporari. Apatah lagi, karya ini menyaksikan gandingan vokal hebat beberapa penyanyi terbaik Malaysia daripada pelbagai bangsa iaitu Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Lil j, Abigail dan juga Masya Masyitah. Dicipta oleh Amy Bong dengan lirik oleh Lil J bersama Amy Bong sendiri, lagunya ternyata sebuah karya yang mesra radio dan boleh disenaraikan sebagai sebuah lagu patriotik yang akan mudah diterima oleh golongan muda. Dimeriahkan lagi dengan gabungan lirik dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan juga Tamil di samping Bahasa Malaysia, 'Kita Teguh Bersama' mampu menaikkan semangat kebangsaan di kala pandemik ini. 

Dia Kekasih Allah 2021 – Munif Hijjaz featuring Ustaz Faizan

Pernah dipopularkan oleh kumpulan Hijjaz bertahun-tahun dahulu, lagu nasyid yang memuji Rasulullah SAW ini dirakam semula dengan sentuhan yang lebih kontemporari sempena tahun 2021. Dicipta oleh Munif Ahmad sendiri dengan lirik oleh Ito Lara, tujuan lagu ini jelas mengangkat sifat-sifat murni Nabi Muhammad SAW untuk mengingati semua yang mendengar, khasnya para Muslimin dan Muslimat. Tiada yang cela pada suara Munif dan Ustaz Faizan kala mendendangkan lagu ini kerana jelas sekali mereka mempunyai vokal yang merdu dan sesuai untuk genre muzik sedemikian. Sungguhpun begitu, dari segi susunan muzik ia belum dapat tampil seperti sebuah rakaman baharu kerana masih berat persamaannya dengan susunan muzik yang lama. Namun, apa yang menyelamatkannya adalah kemunculan Ustaz Faizan yang memberikan sedikit kelainan.

'Dari Jauh' - Fadly Ridwan

  

'Dari Jauh' merupakan karya pilihan Singapura saya minggu ini dan sekali imbas, ia kedengaran seperti lagu yang pernah didendangkan oleh artis-artis antarabangsa seperti Craig David, 112 dan seumpamanya. Kental dengan irama R&B, karya ini indah dengan segala rencah muzik yang perlu ada dalam sebuah lagu masa kini. Dicipta sepenuhnya oleh Ashidy Ridwan, ia jelas menghiburkan dan sesuai buat suara Fadly Ridwan. Tidak perlu mencuba dengan kadar yang berlebihan, lagunya moden, sedap dan wajar diberi peluang. Semoga kami di Malaysia dapat melihat lebih banyak karya Melayu Singapura seperti ini mengintai masuk ruang udara muzik kami. Syabas Ashidy dan Fadly! 

Warkah - Neff Aslee

Bermula dengan perlahan, lagu ini mula memuncak sedikit demi sedikit seiringan dengan vokal penyanyinya Neff Aslee. Mempunyai suara yang merdu Neff melagukan karya ini dengan begitu cantik buat ibunya setelah mencipta lagu ini sendiri. Ditambah dengan lirik nukilan Zael Osmena, lagu dari penyanyi Brunei Darussalam ini tidak kurang hebatnya dengan lagu-lagu pop serantau yang pernah kita dengar di radio-radio Melayu masa kini. Biarpun korusnya tidak menuntut Neff untuk mencapai nada yang tinggi namun Ia cukup untuk melengkapkan lagu ini menjadi sebuah karya yang diminati ramai - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN