web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi 7.1 Landa Jepun, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2021 8:34AM

Orang ramai berhimpun di depan kaunter tiket di Stesen JR Sendai selepas gempa bumi landa Jepun - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud telah melanda pantai timur Jepun, pada Sabtu, hanya beberapa minggu sebelum ulang tahun ke-10, bencana gempa bumi dan tsunami melanda Fukushima dan Miyagi.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, gempa itu melanda Namie, sebuah bandar yang terletak kira-kira 60 batu dari Fukushima.

Gegaran kuat dirasai di Tokyo namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Terdapat laporan seramai 50 orang cedera manakala hampir sejuta rumah terputus bekalan elektrik.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga dalam pada itu memberitahu 'tiada kelainan' dilaporkan pada mana-mana loji nuklear di kawasan berkenaan.

Menurut Suga, kerosakan masih dalam penilaian dan setakat ini tiada laporan maut diterima namun beliau meminta penduduk di kawasan terbabit supaya bersedia akan gegaran susulan.

Pada 11 Mac 2011, gempa bumi kuat berukuran 9.0 magnitud selama 30 saat itu telah melanda Fukushima dan Miyagi hingga mencetuskan tsunami, mengakibatkan lebih 20,000 orang hilang atau hilang.

Beratus tibu penduduk pula kehilangan tempat tinggal. Ia disifatkan sebagai bencana paling teruk apabila tiga loji nuklear Fukushima Daiichi turut terjejas menyebabkan bahan radioaktif tersebar di udara.

Keadaan ini memaksa lebih 100,000 penduduk dipindahkan.

Jepun ketika ini dalam persediaan untuk menganjurkan Olimpik musim panas, yang dijadualkan pada 23 Julai ini selepas ditangguhkan dari tahun lepas. - AFP

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad