web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden Dibunuh, Haiti Isytihar Darurat

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 12:05PM

Askar menjaga sempadan antara Republik Dominika dan Haiti pada 7 Julai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BOGOTA - Perdana Menteri sementara Haiti, Claude Joseph, pada Rabu mengisytiharkan darurat susulan pembunuhan Presiden Jovenel Moise, lapor Agensi Berita Anadolu (AA).

“Berdasarkan artikel 149 Perlembagaan, saya baru sahaja mempengerusikan satu mesyuarat tergempar dan kerajaan memutuskan darurat diisytiharkan di seluruh negara. 

“Keselamatan negara kini terkawal,” katanya dan berikrar membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Di bawah perlembagaan apabila ketiadaan Presiden, “sama ada peletakan jawatan, pemecatan, kematian atau ketidakupayaan fizikal atau mental,” ahli jawatankuasa menteri, di bawah Perdana Menteri, akan mengambil alih pemerintahan sehingga pilihan raya Presiden diadakan.

Moise maut di kediaman peribadinya di Port-au-Prince selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali yang bertutur bahasa Sepanyol.

Isterinya Martine Moise, yang turut cedera kini dirawat di sebuah hospital, kata Joseph.

“Isterinya sedang menerima rawatan dan anak-anaknya selamat,” katanya.

Lapangan terbang antarabangsa di Port-Au-Prince dan sempadan negara turut diarahkan ditutup.

Pembunuhan itu dikecam pelbagai pemimpin negara Amerika Latin, termasuk Republik Dominica, Mexico, Colombia, Bolivia, Peru, Ecuador dan Argentina.

Haiti satu daripada negara termiskin di hemisfera Barat dihuni 12 juta penduduk dan bergelut dengan pergolakan politik selain pernah dilanda gempa bumi dahsyat pada 2010. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Nafuzi Yakinkan Saya Sertai KDA FC - Sony Norde

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Sedia Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Melampau

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Ujian DNA Sahkan Anggota Badan Milik Abby Choi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Model Dibunuh Kejam, Anggota Badan Dikerat, Kepala ‘Hilang’

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad