web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nafuzi Yakinkan Saya Sertai KDA FC - Sony Norde

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 12:24PM

Sony Norde ketika disambut pihak pengurusan KDA FC sebaik tiba di LTSAH petang semalam. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ayam tambatan baharu Kedah Darul Aman (KDA FC), Sony Norde mengakui penghijrahannya ke kelab itu bagi mengharungi musim akan datang banyak dipengaruhi oleh Ketua Jurulatih pasukan berkenaan, Nafuzi Zain. 

Menurut bekas pemain kebangsaan Haiti itu, reputasi dimiliki Nafuzi selaku antara jurulatih terbaik di negara ini mendorongnya untuk hadir menabur bakti di bumi Darul Aman.

Katanya, Nafuzi berjaya menyakinkannya untuk menyertai pasukan berkenaan selepas dia pernah  beberapa kali disunting KDA FC sebelum ini.  

"Perasaannya sangat bagus untuk bersama KDA FC. Selepas beberapa tahun, Nafuzi berjaya meyakinkan saya untuk ke sini. 

"Harapnya saya mampu melakukan sesuatu untuknya kerana seperti mana anda tahu, setiap pemain yang beraksi di bawah kendalian Nafuzi biasanya mampu meningkatkan permainan dan beraksi cemerlang," katanya. 

Pemain sayap lincah itu ditemui pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dekat sini bagi memulakan tugasnya bersama KDA FC, petang semalam. 

Di sebalik keterujaannya untuk beraksi di bawah tunjuk ajar Nafuzi, pemain berusia 34 tahun itu turut sedar akan cabaran beraksi dengan KDA FC yang disifatkannya memiliki nama besar dalam arena bola sepak negara ini. 

"Bukan saja saya, malah setiap pemain import yang datang ke sini akan berdepan tugasan mencabar kerana nama KDA FC cukup gah dalam arena bola sepak Malaysia. Jangkaan terhadap pasukan ini sentiasa tinggi.

"Pasukan ini memiliki impian besar dan disebabkan itu, kami perlu sama-sama bekerja keras mencapainya. 

"Namun, sepanjang pemerhatian saya, Nafuzi sentiasa memiliki ramuan terbaik bagi membantu pemain meraih sesuatu dan saya harap dapat belajar daripadanya, selain melaksanakan yang terbaik buat pasukan," katanya. 

Ini bukan kali pertama Sony dilamar KDA FC, selepas namanya beberapa kali dikaitkan dengan Sang Kenari pada musim sebelum ini.

Malah, pihak pengurusan KDA FC berusaha mendapatkan khidmatnya pada musim lalu, namun dia pada akhirnya memilih untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). 

Meskipun tampil meyakinkan bersama Sang Penyu, CEO pasukan dari pantai timur itu, Mohd. Sabri Abas mendedahkan bahawa Sony bersama seorang lagi pemain import, Habib Haroon yang juga kapten skuad berkenaan terpaksa dilepaskan sebagai langkah penjimatan. 

Sepanjang musim lalu, Sony meledak sebanyak enam gol bagi semua perlawanan domestik bersama TFC, selain turut mencatat sembilan bantuan jaringan. 

Tidak terhenti di situ, aksi cemerlangnya bersama TFC diteruskan di Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang menyaksikan dia menyumbat tiga gol serta menghasilkan empat bantuan jaringan dari enam perlawanan dilalui. - Getaran, 23 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar