web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Israel Rampas Semua Kapal GSF - Penganjur Flotila

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2026 9:41AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL -  Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza pada Selasa mendakwa semua kapal dalam konvoi bantuan itu telah dirampas oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Kami sedang menunggu maklumat lanjut mengenai penculikan yang menyalahi undang-undang mereka," kata penganjur flotila itu dalam satu kenyataan di Telegram.

Sambil berikrar untuk meneruskan misi demi Palestin, pihak penganjur menyeru orang ramai supaya "menuntut laluan selamat".

"Hantar e-mel kepada menteri luar negara anda," tambah penganjur.

Pasukan pengurusan krisis konvoi itu memaklumkan bahawa tentera Israel telah merampas Lina Al-Nabulsi, kapal terakhir yang masih berada dalam flotila berkenaan.

Penganjur berkata tentera Israel telah memintas sejumlah 50 kapal yang membawa 428 individu dari 44 negara, termasuk 78 warga Turkiye.

Kementerian Luar Israel dalam hantaran di platform X memaklumkan bahawa semua aktivis telah dipindahkan ke kapal Israel dan sedang dalam perjalanan ke Israel. Mereka kemudiannya akan dapat bertemu wakil konsular masing-masing.

Terdahulu pada hari sama, flotila itu memaklumkan bahawa kapal tentera Israel terus menyerang dan menceroboh naik armada bantuan kemanusiaannya di perairan antarabangsa ketika konvoi berkenaan menuju ke Semenanjung Gaza.

Perkembangan itu berlaku ketika tentera Israel melancarkan serangan pada Isnin terhadap konvoi bantuan berkenaan di perairan antarabangsa.

Flotila yang terdiri daripada 54 kapal itu berlepas pada Khamis dari daerah Marmaris di Turkiye dalam percubaan baharu untuk memecahkan sekatan haram Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza sejak 2007.

Ini bukan kali pertama insiden seumpama itu melibatkan flotila berkenaan.

Pada akhir April lepas, tentera Israel menyerang kapal flotila di perairan antarabangsa berhampiran pulau Crete di Greece.

Konvoi itu pada masa berkenaan melibatkan 345 peserta dari 39 negara, termasuk warga Turkiye.

Israel mengenakan sekatan yang melumpuhkan ke atas Semenanjung Gaza sejak 2007, menyebabkan 2.4 juta penduduk wilayah itu berada di ambang kebuluran.

Tentera Israel melancarkan serangan kejam selama dua tahun di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023, mengorbankan lebih 72,000 orang, mencederakan lebih 172,000 yang lain serta menyebabkan kemusnahan besar di wilayah yang terkepung itu. - BERNAMA-ANADOLU 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad