web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Institut Pasteur: Iran Gesa Badan Kesihatan Dunia Bertindak

Luar Negara Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2026 12:57PM

Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEHRAN - Presiden Iran Masoud Pezeshkian menggesa organisasi kesihatan antarabangsa dan doktor di seluruh dunia untuk bertindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai "jenayah terhadap kemanusiaan" susulan serangan ke atas fasiliti perubatan di Iran.

"Apakah mesej yang ingin disampaikan dengan menyerang hospital, syarikat farmaseutıkal dan Institut Pasteur (Iran) sebagai pusat penyelidikan perubatan di Iran?" 

Pezeshkian berkata di platform media sosial X, merujuk pada serangan yang dilaporkan ke atas Institut Pasteur Iran di Tehran.

"Sebagai pakar perubatan, saya menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Palang Merah, Doctors Without Borders dan pakar perubatan di seluruh dunia untuk bertindak terhadap jenayah ke atas kemanusiaan ini," katanya.

Pihak berkuasa Iran sebelum ini berkata serangan udara telah memusnahkan Institut Pasteur, sebuah pusat penyelidikan perubatan utama, memberi amaran bahawa serangan itu menimbulkan risiko kepada kesihatan awam dan kerjasama perubatan antarabangsa.

Dalam kenyataan berasingan, jurucakap Kementerian Luar Esmaeil Baghaei mengutuk serangan itu sebagai "menyayat hati, kejam, keji dan sangat keterlaluan."

"Penceroboh AS-Israel telah menyerang Institut Pasteur Iran iaitu sebuah pusat penyelidikan dan kesihatan awam tertua dan paling berprestij di Iran dan seluruh Timur Tengah, yang diasaskan pada 1920 melalui perjanjian antara Institut Pasteur Paris dan kerajaan Iran," kata Baghaei pada X.

Ketegangan serantau kian memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran