web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi Kutuk Pembunuhan Berterusan Israel Di Rafah

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 8:09PM

- Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Arab Saudi pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya apa yang disifatkannya sebagai "pembunuhan beramai-ramai berterusan" Israel terhadap penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Rafah, lapor Agensi Anadolu.

Jawatankuasa Kecemasan Rafah menyatakan sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh pada Selasa dalam serangan Israel di kawasan khemah pelarian di al-Mawasi, barat Rafah.

Insiden itu berlaku selepas sekurang-kurangnya 45 orang awam terbunuh dan puluhan cedera dalam serangan Israel di khemah pelarian di Tel al-Sultan pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Arab Saudi berkata pembunuhan beramai-ramai oleh Israel terhadap rakyat Palestin berterusan tanpa sebarang tindakan pencegahan dengan menyasarkan khemah- khemah pelarian Palestin di Rafah.

la menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku di Rafah dan di seluruh wilayah Palestin yang diduduki.

Kementerian itu menekankan perlunya masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawabnya untuk menghentikan genosid terhadap rakyat Palestin dan menahan mereka yang bertanggungjawab.

Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, 2023 walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuntut gencatan senjata segera di wilayah itu.

Hampir 36,100 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak dengan sebahagian besar Gaza hancur di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Serangan Israel ke atas Rafah, yang dilancarkan pada awal Mei telah memaksa sejuta penduduk melarikan diri dari bandar itu. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Serangan Terkini Israel Ke Atas Rafah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran