web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 4:01PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand, Anutin Charnvirakul di Bangkok, baru-baru ini. gambar FB Saifuddin Nasution Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Malaysia dan Thailand bersetuju mempertingkatkan kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan, isu pemerdagangan manusia dan penipuan pekerjaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Kerjasama itu dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand, Anutin Charnvirakul pada Khamis.

"Kami berdua bersetuju bahawa kerjasama antara kerajaan (G2G), antara polis dan Aseanapol penting dalam memerangi masalah- masalah tersebut," katanya kepada BERNAMA.

Saifuddin juga menekankan keperluan untuk usaha bersama dalam pencegahan jenayah siber dan cadangan pengecualian visa kepada pelawat asing untuk meningkatkan ketibaan pelancong ke Thailand khususnya di kawasan yang bersempadan dengan Malaysia.

Selain itu, Saifuddin berkata, beliau amat berpuas hati dengan hasil lawatan kerjanya di Bangkok yang berakhir Jumaat kerana komitmen antara G2G itu terus berjalan dengan kukuh.

Beliau berkata, rakan sejawatnya Anutin turut menegaskan kesediaan Thailand untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menangani jenayah transnasional dan mempromosikan pelancongan.

"Anutin menyebut bahawa Kerajaan Thailand juga melaksanakan dasar pengecualian visa (pelawat asing) untuk meningkatkan pertukaran pelancong antara kedua-dua negara.

Anutin turut menyatakan komitmen untuk memperdalamkan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai dimensi, termasuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di rantau ini. 

Pertemuan itu menandakan satu langkah penting dalam mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara," katanya.

Terdahulu, Saifuddin yang mengadakan lawatan kerja ke Thailand sejak Khamis, turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia, Varawut Silpa-archa.

Dalam pertemuan dengan Varawut, Saifuddin berkata, mereka telah membincangkan topik berhubung penahanan imigresen dan perlindungan kanak-kanak, memandangkan Malaysia mempunyai 20 depot imigresen dengan penghuni seramai 13,000 orang dan keupayaan depot imigresen boleh menampung lebih kurang 25,000 orang.

Beliau berkata, Thailand mempunyai beberapa program alternatif penahanan yang agak ke depan, khususnya untuk kanak-kanak dengan melibatkan kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan juga komuniti setempat.

"Di Malaysia, kita hanya ada satu program rumah perlindungan yang diwujudkan oleh kerajaan dan dinamakan Baitul Mahabbah iaitu satu di Nilai dan satu di Papar, manakala dalam perancangan untuk mewujudkan empat lagi masing-masing di Sabah, Kelantan, Kedah dan Johor," katanya.

Beliau berkata, ini adalah satu pengalaman baharu mengenai pendekatan Thailand terhadap program alternatif penahanan yang boleh diterokai oleh Malaysia.

"Program alternatif penahanan untuk kanak-kanak ini dalam sejajar dengan konteks Malaysia MADANI, kerana kita perlu ada sifat ehsan terhadap kelompok mereka yang masuk dan melanggar undang-undang Akta Imigresen," katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, pertemuannya dengan pihak UNICEF semalam juga telah mendedahkan beliau dengan penggunaan 'National Screening Mechanism' dan 'National Referral Mechanism'.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri berminat untuk mendalami kedua-dua mekanisme itu supaya proses saringan akan menjadi lebih kompeten.

"Kita akan pelajari kedua mekanisme itu supaya cara menguruskan atau cara menangani kemasukkan kelompok pendatang tanpa izin ataupun kelompok pelarian ini akan menjadi lebih kemas dan lebih teratur," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad