web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


China Sokong Keanggotaan Penuh Palestin Dalam Majlis Keselamatan PBB

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 8:15PM

Menteri Luar China, Wang Yi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - China menyokong keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyeru beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) supaya tidak menghalang proses itu, menurut Menteri Luar China, Wang Yi, lapor Sputnik.

"China dengan tegas menyokong hasrat rakyat Palestin untuk mendapatkan semula hak sah mereka dan sentiasa komited kepada penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap isu Palestin secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini semasa mesyuarat tahunan 'Dua Sesi' badan-badan politik utama negara itu.

Wang yang merujuk kepada 'pendudukan' wilayah Palestin yang berterusan oleh Israel berkata, masyarakat global tidak harus mengabaikan hakikat itu.

Rakyat Palestin sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan diplomatik bagi negara mereka yang merdeka di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur yang sebahagiannya diduduki oleh Israel dan Semenanjung Gaza.

Kerajaan Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah entiti politik dan diplomatik yang bebas dan membina penempatan haram di kawasan yang diduduki walaupun dibantah oleh PBB.

Palestin telah diberikan status negara pemerhati di Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2012. - BERNAMA-SPUTNIK

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar