web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Peruntuk RM13.8 Juta Promosi Pesta Songkran

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 8:14AM

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Kenika Oonjit. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan 104 juta baht (RM13.8 juta) bagi mempromosikan 'Festival Air Sedunia Maha Songkran' dari 11 hingga 15 April tahun ini.

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Kenika Oonjit berkata, festival yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Sukan akan diadakan di Bangkok serta 16 wilayah lain termasuk Chiang Mai, Phuket, Sukhothai dan Nakhon Si Thammarat.

"Festival itu dijangka menarik lebih 200,000 pelancong ke Thailand dan menjana kira-kira 3.1 bilion baht," katanya pada sidang media di Bangkok.

Kenika berkata, festival itu akan mempamerkan perayaan Songkran dari pelbagai wilayah, bertujuan memelihara dan mempromosikan tradisi.

"Kerajaan berharap festival itu akan melonjakkan Thailand antara 10 negara utama yang mempunyai festival kebudayaan terbaik di dunia," katanya.

Pada 6 Disember tahun lalu, Songkran telah mendapat pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan.

Minggu lalu, Kabinet meluluskan cuti umum tambahan pada 12 April bagi perayaan Songkran tahun ini, bertujuan untuk merangsang sektor pelancongan dan perkhidmatan swasta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad