web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Cobra Gold Bulan Ini

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 3:25PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Malaysia bakal menyertai Cobra Gold ke-43, latihan ketenteraan multinasional paling lama dan terbesar di dunia, bersama tentera dari 30 negara yang akan diadakan di Thailand pada akhir bulan ini.

Dihoskan bersama oleh Tentera Diraja Thailand dan Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS), eksesais pada tahun ini akan menyaksikan penyertaan daripada 9,590 kakitangan daripada negara yang terlibat.

Latihan ketenteraan itu akan diadakan antara 27 Februari hingga 10 Mac.

Eksesais tahunan itu bertujuan untuk membangunkan hubungan ketenteraan yang baik antara sekutu yang mengambil bahagian; untuk meningkatkan kapasiti menjalankan operasi bersama dan pelbagai hala dengan menyesuaikan mobilisasi dalam pelbagai situasi kecemasan; dan berlatih mengikut prosedur untuk pasukan multinasional.

Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Thailand, Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa berkata, ini penyertaan kali ketujuh Malaysia dalam Cobra Gold.

"Tahun ini kira-kira 80 anggota tentera Malaysia akan menyertai latihan tahunan itu," katanya kepada BERNAMA pada Sabtu.

Malaysia antara tujuh negara yang mengambil bahagian sepenuhnya pada edisi kali ini, selain Thailand, AS, Singapura, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan.

Sebanyak 10 negara menyertai pasukan Multinational Planning Augmentation - Bangladesh, Kanada, Perancis, Mongolia, Nepal, New Zealand, Filipina, Fiji, United Kingdom dan Brunei; dan 10 negara menyertai pasukan Combined Observer Liaison - Kemboja, Laos, Brazil, Pakistan, Vietnam, Jerman, Sweden, Republik Hellenic (Greece), Kuwait dan Sri Lanka. 

China dan India menyertai latihan bantuan kemanusiaan manakala Australia menyertai Command Post Exercise (CPX).

Latihan utama tahun ini, termasuk Bantuan Kemanusiaan/Sivik (HCA), antaranya pembinaan bangunan pelbagai guna di lima tapak projek dan Disaster Relief Tabletop Exercise (HADRTTX) yang menunjukkan peranan tentera dalam bertindak balas terhadap bencana alam di peringkat serantau dan antarabangsa.

Selain itu, CPX iaitu latihan mengendalikan semua operasi domain - darat, laut, udara, siber dan angkasa serta Field Training Exercise (FTX), termasuk latihan silang dan latihan lapangan untuk tentera darat, laut dan udara turut akan diadakan.

Thailand dan AS akan melaksanakan latihan menyelamat HTMS Sukhothai yang karam di Teluk Thailand pada tahun 2022.

HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi, mengalami kegagalan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari Wilayah Prachuap Khiri Khan kira-kira 11.30 malam pada 18 Dis 2022.

RTN menyelamatkan 76 kelasi daripada kejadian itu tetapi 24 ditemukan mati dengan tambahan lima lagi mangsa dianggap hilang.

Duta AS ke Thailand Robert F. Godec berkata tahun ini Cobra Gold akan terus menyediakan asas yang kukuh untuk keselamatan serantau dan kemakmuran inklusif untuk semua.

"Cobra Gold ke-43 ini adalah bukti kekuatan hubungan kami. Latihan ini dan perkongsian kami adalah lebih relevan dan penting berikutan cabaran terhadap keselamatan serantau," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad