web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Di Utara Gaza: Israel Guna Bom Fosforus - Laporan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 10:25AM

Menurut laporan IRNA, Israel menggunakan fosforus dalam serangan ke atas kem pelarian Jabalia - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEHRAN  - Tentera Israel dilapor menggunakan bom fosforus dalam serangan terbaharunya di utara Semenanjung Gaza.

Israel menggunakan senjata yang dilarang itu dalam serangannya ke atas kem pelarian Jabalia, menyebabkan kebakaran bangunan-bangunan kediaman di kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Tentera penceroboh juga melakukan serangan di kawasan berhampiran Hospital Nasser di bandar Khan Yunis di selatan wilayah terkepung itu.

Hospital dan kawasan-kawasan berdekatannya di Gaza yang menjadi perlindungan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah menjadi sasaran utama serangan udara Israel sejak beberapa minggu lepas.

Selain menyebabkan kematian orang awam dalam jumlah yang besar, serangan udara berkenaan telah menyebabkan hospital tidak lagi berfungsi.

Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, membunuh hampir 25,000 penduduk setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Rejim itu juga telah mengenakan sekatan ke atas kemasukan makanan, air dan bekalan asas lain, memburukkan situasi kemanusiaan di Gaza.
- BERNAMA - IRNA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad