web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


New York Times Saman OpenAI, Microsoft Kerana Pelanggaran Hak Cipta

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 3:45PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Akhbar Amerika Syarikat The New York Times menyaman Microsoft dan OpenAI, syarikat yang membangunkan chatbot kecerdasan buatan (AI) popular ChatGPT, atas dakwaan karya terbitannya untuk latihan AI digunakan tanpa kebenarannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

The Times pada Rabu memfailkan aduan di New York, mendakwa syarikat itu melanggar hakcipta apabila menggunakan hasil karya akhbar itu untuk mencipta produk AI yang kini bersaing dengannya.

"Melalui Bing Chat Microsoft (baru-baru ini dijenamakan semula sebagai 'Copilot') dan OpenAI ChatGPT, defendan memanfaat pelaburan besar The Times dalam kewartawanan dengan menggunakannya untuk membangunkan produk pengganti tanpa kebenaran atau bayaran," menurut aduan itu.

"Tindakan saman ini bertujuan untuk memastikan defendan bertanggungjawab atas berbilion-bilion dolar dalam bentuk ganti rugi berkanun dan sebenar kerana menyalin dan penggunaan karya The Times secara tidak sah," menurut dokumen itu.

Sementara itu, laman sesawang berita teknologi The Verge memetik jurucakap OpenAI Lindsey Held sebagai berkata dalam satu kenyataan melalui e-mel bahawa 'perbualan berterusan dengan The New York Times  sangat produktif dan konstruktif, dan kami terkejut dan kecewa dengan perkembangan ini'.

"Kami berharap dapat menemukan cara yang saling menguntungkan untuk bekerjasama, seperti yang kami lakukan dengan banyak penerbit lain," lapor The Verge memetik Held.

OpenAI yang mula beroperasi di California menarik perhatian dunia dengan robot teksnya ChatGPT – yang dibangunkan dengan sokongan Microsoft – boleh memberi jawapan segera dalam pelbagai kandungan seperti esei, puisi serta kod komputer.

ChatGPT beroperasi mulai 2022 dengan memberi tumpuan kepada kemajuan dalam AI, namun mencetuskan perbincangan mengenai kesannya. - BERNAMA-dpa

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

2

Ekonomi 4 tahun yang lalu

Amazon Web Services Bakal Labur Jumlah Yang Besar Di Malaysia - Azmin Ali

3

Teknovasi 4 tahun yang lalu

5 Sebab Jenama Telefon Nokia Tidak Sepopular Dahulu

4

Ekonomi 5 tahun yang lalu

Pusat Data Serantau Microsoft Bakal Wujud 19,000 Peluang Pekerjaan - Muhyiddin

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad