Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Sebab Jenama Telefon Nokia Tidak Sepopular Dahulu

Pasti ramai yang mungkin pernah memiliki telefon pintar jenama ini. Namun zaman kegemilangan Nokia sudah tidak berada di puncak sejak 10 tahun yang lalu. Ketahui puncanya. 

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ingatkah anda pada jenama telefon bimbit Nokia? Pasti ramai yang mungkin pernah memiliki telefon pintar jenama ini.

Nokia merupakan salah satu jenama telefon bimbit yang terkenal dan sudah berusia 157 tahun. Ia diasaskan sejak 1865. 

Jenama telefon bimbit yang berasal daripada Finland ini pernah menjadi peranti kegilaan ramai di awal zaman penggunaan telefon mudah alih kerana kualiti dan reka bentuknya yang tersendiri. 

Salah satu model awalan yang popular satu ketika dahulu ialah Nokia 3310. Ia menggunakan sistem papan kekunci seterusnya mengeluarkan beberapa siri model yang sama selepas itu. 

Namun zaman kegemilangan Nokia sudah tidak berada di puncak sejak 10 tahun yang lalu. 

Hasil jualannya pula agak merudum kerana penggunaan telefon bimbit jenama ini sudah berkurangan. 

Apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima punca jenama Nokia kurang popular sejak beberapa tahun yang lalu.

Rintangan Evolusi Telefon Pintar

Rata-rata pengguna kini pasti menggunakan sistem android atau IOS pada telefon bimbit mereka. 

Nokia gagal mengambil peluang ini dan enggan mengikuti perkembangan teknologi semasa. 

Ketika jenama telefon pintar yang lain sibuk mempraktikkan perubahan dan pemasangan sistem ini, pihak pengurusan Nokia seolah-olah berdegil. 

Mereka masih mempercayai bahawa telefon pintar yang menggunakan sistem sentuh masih tidak relevan dan tetap dengan pendirian untuk meneruskan sistem papan kekunci QWERTY untuk peranti mereka. 

Samsung antara jenama terawal yang memperkenalkan sistem android dan telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa. 

Perancangan pihak Nokia sama sekali telah tersasar dari landasan dan di situ bermula kejatuhan penggunaan jenama ini. 

Selepas mengenal pasti trend jenama lain berkembang maju, barulah Nokia memperkenalkan sistem sentuh mereka yang dipanggil Symbian, namun tindakan tersebut sudah membuatkan jenama ini jauh ketinggalan.

Perjanjian Bersama Microsoft

Sebuah lagi faktor adalah perjanjian antara Nokia bersama Microsoft yang tidak tepat pada waktu dan keadaan semasa. 

Ini merujuk kepada penjualan syarikat Nokia kepada syarikat perisian gergasi itu ketika ia sedang mengalami kerugian teruk. 

Pada 2013 perjanjian ini dilaksanakan dan pembelian daripada pihak Microsoft mencecah belanja sehingga RM24.7 billion, termasuk membeli lesen pembuatan Nokia. 

Ini telah mendatangkan kerugian yang besar berikutan ketidakstabilan perancangan kewangan Microsoft ketika itu. 

Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa langkah tersebut tidak membawa apa-apa keuntungan kepada kedua belah pihak kerana kelewatan Nokia membuat perubahan dalam dunia teknologi.

Kegagalan Strategi Pemasaran

Nokia telah menggunakan strategi pemasaran yang kurang tepat buat peranti mereka. 

Mereka tidak menggunakan kaedah ‘pemasaran payung’ yang merujuk kepada situasi di mana sesebuah produk yang dihasilkan harus dikembangkan melalui beberapa siri baharu.

Melalui strategi itu, pelbagai variasi dapat dicipta bagi memenuhi kehendak pelanggan. 

Apple merupakan syarikat pertama yang menggunakan strategi ini diikuti dengan Samsung semasa pelancaran siri Galaxy. 

Namun Nokia enggan menggunakan strategi tersebut dengan betul dan muncul dengan beberapa inovasi perisian dan aksesori yang menarik sahaja. 

Ditambah lagi dengan dengan sistem pengedaran yang tidak cekap, pesaing kepada jenama ini sudah dapat mengenal pasti kelemahan dan kekurangan reka bentuk yang ada pada keunikan Nokia. 

Oleh itu, sekali lagi jenama ini tersingkir semasa proses kebangkitannya di dalam industri.

Terlalu Perlahan Dalam Industri

Semasa sistem android dan IOS sedang meningkat naik, jenama telefon pintar yang menggunakannya dilihat berjaya membuat keluaran model terbaharu mereka dengan cepat sekali. 

Pelbagai penambahbaikan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. 

Biarpun Nokia yang pada ketika itu terkenal dengan perkakasan dan reka bentuk yang menarik, ia tidak memberikan perhatian pada perisian teknologi dalamannya. 

Walau bagaimanapun, model Nokia Lumia adalah permulaan saat jenama ini menggunakan sistem sentuh sehinggalah yang terkini iaitu Nokia C21 Plus. 

Namun ia masih tidak mempunyai kepelbagaian produk dan inovasi yang ampuh.

Terlalu Yakin Dengan Jenama

Tidak dinafikan, Nokia merupakan sebuah jenama yang besar dan kuat. 

Malahan, syarikat ini terlalu yakin sehingga merasakan jika pelancaran sesebuah model baharu dilakukan, para pengguna masih ingin membelinya. 

Tanggapan tersebut sama sekali salah dan kesannya menyebabkan kerugian yang teruk. 

Situasi ini menjadikan syarikat Nokia semakin ketinggalan apabila pesaing mereka berlumba-lumba mengeluarkan model terbaharu. 

Bertambah parah lagi apabila Nokia mengalami pelbagai masalah perisian atau bugs pada model telefon pintar mereka. 

Nokia beranggapan kejayaan jenama besar mereka pada suatu ketika dahulu mampu menyelesaikan masalah tersebut namun ia anggapan yang salah.

Secara amnya, kesilapan mereka adalah kerana tidak mahu mengikuti perkembangan teknologi yang berlaku dan masih yakin dengan jenama produk mereka. 

Walaupun jenama ini masih wujud, kita hanya mampu melihat apa yang akan berlaku selepas ini. - Getaran, 18 Mei 2022

Sumber: startuptalky.com
 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

New York Times Saman OpenAI, Microsoft Kerana Pelanggaran Hak Cipta

2

TARA 7 bulan yang lalu

Nokia Bakal ‘Berterbangan’ Di Ruang Angkasa

3

TARA 8 bulan yang lalu

Nokia Ada Produk Baharu? Ini Langkah Inovasi Teknologi B2B Terbaru Jenama Ini

4

Teknovasi 11 bulan yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini