web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amazon Web Services Bakal Labur Jumlah Yang Besar Di Malaysia - Azmin Ali

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 3:04PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEATTLE - Amazon Web Services Inc (AWS) komited untuk merealisasikan potensi Malaysia sebagai hab pusat data di rantau Asia Tenggara dan dijangka melabur satu jumlah yang besar untuk membangunkan pusat data di negara ini pada tahun ini.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan telah memberikan kelulusan kepada AWS untuk melabur di Malaysia, namun ada beberapa perkara yang masih perlu diperhalusi oleh syarikat itu dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kewangan.

“Oleh kerana ini merupakan satu bidang teknologi baharu yang berkualiti tinggi, kerajaan bersedia untuk meneliti permintaan AWS untuk menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi ini ke Malaysia.

“Kami sedang merundingkan beberapa insentif baru yang lebih inovatif dan menarik minat AWS untuk membina lebih banyak pusat data di Malaysia,” katanya kepada Bernama and TV3 selepas pertemuan dengan wakil AWS di sini, pada Selasa.

AWS merupakan salah satu syarikat gergasi perintis yang menyediakan perkhidmatan dalam pengkomputeran awan.

Menurut Azmin, perbincangan hari ini telah menghasilkan satu persefahaman tentang permintaan daripada AWS berhubung beberapa insentif baharu yang sedang dipertimbangkan oleh MITI dan Kementerian Kewangan.

“Kami yakin proses perundingan ini akan dapat dimuktamadkan dalam masa yang terdekat kerana bagi Malaysia, pelaburan ini amat penting untuk mempercepatkan proses transformasi dan adaptasi dalam teknologi digital di Malaysia,” katanya.

Sebelum itu, Azmin juga telah bertemu dengan wakil Microsoft Corporation, di mana syarikat teknologi gergasi tersebut komited untuk melatih satu juta tenaga kerja tempatan melalui inisiatif Bersama Malaysia Microsoft yang dilancarkan pada April 2021.

“Saya dimaklumkan bahawa hampir 500,000 tenaga pekerja tempatan telah dilatih melalui program tersebut mulai tahun ini, dan saya yakin sasaran untuk melatih satu juta tenaga pekerja tempatan akan dapat dicapai pada 2023,” katanya.

Menurutnya, Microsoft dan AWS juga bersedia memberikan input kepada kerajaan dalam usaha untuk mempertingkatkan daya saing negara dalam ekonomi digital.

“Kehadiran syarikat-syarikat tersebut pastinya akan dapat membantu mempercepatkan transformasi dan adaptasi teknologi digital yang dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari dan mampan di negara ini.

“Pelaburan seperti ini juga merupakan satu pelaburan yang selari dengan aspirasi Dasar MyDigital yang diperkenalkan untuk menjamin akses dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya pihak industri termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana  (PKS) dalam teknologi digital,” katanya.

Mengenai pertemuan dengan Ammex Corporation pada petang Selasa, Azmin berkata pengimport sarung tangan industri untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) itu bersedia untuk meningkatkan jumlah import produk dari Malaysia.

Beliau berkata setakat ini, 60 peratus sarung tangan industri syarikat tersebut diimport dari Malaysia.

“Kami telah membantu mengenal pasti beberapa syarikat tempatan yang menjadi pengeluar sarung tangan industri ini untuk memenuhi permintaan syarikat tersebut.

“Ini akan membantu merancakkan lagi aktiviti sektor pembuatan di negara kita, khususnya dalam kalangan PKS bagi memenuhi piawaian antarabangsa dan juga meningkatkan produktiviti mereka bagi pasaran di AS,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori