Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pusat Data Serantau Microsoft Bakal Wujud 19,000 Peluang Pekerjaan - Muhyiddin

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 3:36PM

Muhyiddin (tiga dari kanan) menerima sijil daripada Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K Raman di majlis pelancaran Microsoft Bersama Malaysia Global Event hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penubuhan pusat data serantau pertama Microsoft Corp di Malaysia di bawah inisiatif “Bersama Malaysia” yang dijangka bernilai sekurang-kurangnya RM4.1 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang dijangka mewujudkan 19,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 pekerjaan berkaitan teknologi maklumat (IT).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menurut International Data Corporation, tempias daripada pelaburan pusat data serantau ini mungkin diterjemahkan kepada penjanaan hasil berjumlah US$6.9 (RM28.3) dalam ekosistem awan untuk setiap hasil US$1 (RM4.2) yang dijana oleh Microsoft Malaysia daripada awan menjelang 2024.

Di bawah inisiatif itu, katanya, Microsoft juga membentuk lima perkongsian dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan termasuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Petronas, Celcom dan Grab.

“Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Microsoft Bersama Malaysia, saya juga difahamkan oleh Microsoft bahawa kerjasama ini akan membantu memahirkan sehingga satu juta rakyat Malaysia (di pelbagai peringkat) menjelang akhir 2023.

“Saya harap kejayaan kerjasama ini akan menjadi teladan yang membantu merapatkan jurang digital dan memperkasakan setiap rakyat Malaysia menerusi penggunaan teknologi,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran inisitaif  “Microsoft Bersama Malaysia” di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata inisiatif itu juga sejajar dengan peranan yang bakal dimainkan oleh pendigitalan sebagai pemangkin jangka sederhana dan panjang yang penting dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) akan datang dan juga Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030).

Pusat data serantau pertama Microsoft di Malaysia itu akan termasuk ‘Microsoft Azure’, yang akan membolehkan sesiapa sahaja mereka cipta dengan tujuan untuk menggunakan perkhidmatan dan keupayaan awan yang merangkumi pengkomputeran, perangkaian, pangkalan data, analitik, kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT); Microsoft 365, untuk berhubung, berkolaborasi, bekerja dari jarak jauh dan belajar secara dalam talian dengan instrumen produktiviti inovatif; serta Dynamics 365 dan Power Platform, untuk membina dengan pantas dan menguruskan penyelesaian perniagaan enterpris kritikal dengan aplikasi perniagaan pintar.

Sementara itu, perdana menteri berkata Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi hab data serantau, dengan ketersediaan jalur lebar tinggi yang meningkat, ruang yang secukupnya, tarif kuasa yang berpatutan dan kini dengan kemunculan syarikat-syarikat hiperskala.

Pada masa ini, katanya seluruh industri bergantung kepada data untuk mencapai pertumbuhan, dan terdapat banyak peluang bagi mereka yang mampu memanfaatkan permintaan yang tinggi di peringkat global bagi segala perkara berkaitan dengan data.

“Kita adalah sebuah negara yang kecil dengan impian data yang besar. Komitmen untuk melengkapkan negara dengan jalur lebar 5G dan meningkatkan kapasiti simpanan data hanyalah permulaan.

“Dalam kita menuju ke arah itu, Malaysia sentiasa bersedia untuk kekal di hadapan dalam bidang teknologi dengan memanfaatkan data untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik bagi perniagaan, meningkatkan produktiviti ekonomi dan akhirnya mengukuhkan daya saing Malaysia,” katanya.

Seperti biasa, Muhyiddin berkata, kerajaan akan merintis jalan dan menjadi teladan, dengan terlebih dahulu memindahkan 80 peratus daripada datanya kepada awan menjelang akhir 2022.

“Penghijrahan ini dan juga penyediaan aplikasi super kerajaan dalam tempoh terdekat, akan memperluaskan set data seterusnya membolehkan kerajaan mengumpul maklumat dalam mengenal pasti isu sosial dan menyelaraskan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Dengan memahami pola tingkah laku dan hubung kait di antaranya, kerajaan berharap dapat menggunakan data untuk membuat analisis ramalan. Menangani isu ini akan membantu menambah baik penyampaian perkhidmatan sektor awam dan memperkasakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 telah menunjukkan bahawa golongan paling terdedah ialah kumpulan yang sering tidak dapat menggunakan teknologi ini, malah mereka menghadapi risiko paling besar untuk dipinggirkan.

Oleh itu, katanya, melalui kerjasama awam-swasta di bawah inisiatif MyDigital, Malaysia akan melabur sekurang-kurangnya RM50 bilion dalam tempoh lima tahun di bawah pelbagai projek infrastruktur digital.

Dalam pada itu, katanya, rancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bernilai RM21 bilion berjalan lancar dan akan menyediakan sambungan 5G penghujung yang lebih baik ke kawasan-kawasan pedalaman tidak lama lagi.

“Rancangan untuk melancarkan rangkaian 5G di semua kawasan kepadatan tinggi menjelang 2023 juga berjalan lancar dan dengan bermulanya operasi SPCV milik kerajaan - Digital Nasional Bhd baru-baru ini,” kata Muhyiddin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Spanco: Muhyiddin Akan Dipanggil Bantu Siasatan Jika Ada Keperluan - Azam

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

New York Times Saman OpenAI, Microsoft Kerana Pelanggaran Hak Cipta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Muhyiddin Dapatkan Pasport Secara Kekal

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu